Pengaruh faktor persekitaran terhadap kecemerlangan akademik pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan serta pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik di UTHM
Kecemerlangan akademik pelajar penting untuk melahirkan pelajar yang baik dari segi berilmu, berketerampilan dan berwibawa. Tahap pencapaian yang cemerlang diukur melalui beberapa faktor penilaian iaitu, ujian, kuiz, pembentangan, tugasan, projek dan amali serta penilaian ini akan menjadi peng...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1913/1/24p%20HASMAH%20IBERAHIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1913/2/HASMAH%20IBERAHIM%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1913/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kecemerlangan akademik pelajar penting untuk melahirkan pelajar yang baik dari segi
berilmu, berketerampilan dan berwibawa. Tahap pencapaian yang cemerlang diukur
melalui beberapa faktor penilaian iaitu, ujian, kuiz, pembentangan, tugasan, projek dan
amali serta penilaian ini akan menjadi pengukur kepada tahap kecemerlangan pelajar.
Kajian ini dilakukan untuk melihat pengaruh faktor persekitaran yang paling dominan,
elemen faktor persekitaran yang paling dominan dan perbezaan antara setiap faktor
persekitaran yang mempengaruhi kecemerlangan akademik pelajar. Rekabentuk kajian
adalah menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif iaitu menggunakan set borang soal
selidik sebagai instrument dalam kajian. Kajian ini menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 menentukan hasil dapatan dalam analisis
data. Kajian ini akan dijalankan di dua buah iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan
Pembuatan serta Fakulti Kejuruteraan Elektrik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Penyelidik telah memilih pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun empat 2013/2014 yang
mengambil program ijazah Sarjana Muda kerja khusus sepenuh masa. Kajian
penyelidikan ini hanya menumpukan kepada pengaruh yang berkaitan dengan faktor
persekitaran seperti pengaruh faktor persekitaran kemahiran, pensyarah, rakan sebaya,
pengurusan kelas dan persekitaran kelas yang mana responden dipilih menggunakan
sampel bertujuan dan secara rawak. Seramai 285 sampel digunakan untuk kajian ini.
Pengaruh faktor persekitaran yang paling dominan adalah faktor kemahiran, elemen
faktor persekitaran kemahiran yang paling tinggi ialah pelajar dikedua-dua buah fakulti
kejuruteraan ini perpendapat bahawa kemahiran menggunakan bahan rujukan di internet
sangat penting untuk mencari bahan pembelajaran secara cepat dan relevan manakala
perbezaan terhadap lima faktor persekitaran tidak mempunyai hubungan yang signifikan
antara satu sama lain. |
---|