Pembangunan Dan Keberkesanan Modul Perancahan Berstruktur Dalam Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pengetahuan Dan Kemahiran Bagi Projek Mesin Larik Pelajar Politeknik

Tujuan kajian adalah untuk membangun dan menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja bagi projek mesin larik pelajar pol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rubani, Siti Nur Kamariah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60380/1/tesis%20pembanggunan%20dan%20keberkesanan%20modul%20perancahan%20cut.pdf
http://eprints.usm.my/60380/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian adalah untuk membangun dan menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja bagi projek mesin larik pelajar politeknik. Reka bentuk kajian adalah gabungan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif digunakan untuk pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek manakala kaedah kuantitatif digunakan untuk menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek. Proses pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah menggunakan model ADDIE. Pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah berdasarkan kepada perancahan berstruktur oleh Vygotsky (1978) dan kaedah pembelajaran berasaskan projek oleh Buck Institute for Education (2013).