Kajian Resonans Magnet Nukleus Denyut Dan Kalorimetri Penskanan Diferensial Ke Atas Retrogradasi Kanji

Suatu kaedah NMR denyut yang cepat dan tak memusnah telah diperkembangkan untuk mengkaji retrogradasi kanji. Kaedah ini berdasarkan prinsip bahawa isyarat NMR dari komponen 'seperti pepejal' dan komponen cecair bagi sesuatu sistem menyusut pada kadar yang amat berbeza berikutan satu d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Teo, Chin Heng
Format: Thesis
Language:English
Published: 1992
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59471/1/24%20Pages%20from%2000001200654.pdf
http://eprints.usm.my/59471/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Suatu kaedah NMR denyut yang cepat dan tak memusnah telah diperkembangkan untuk mengkaji retrogradasi kanji. Kaedah ini berdasarkan prinsip bahawa isyarat NMR dari komponen 'seperti pepejal' dan komponen cecair bagi sesuatu sistem menyusut pada kadar yang amat berbeza berikutan satu denyutan frekuensi radio 90°. Penghabluran semula dan persekutuan molekul kanji yang berlaku semasa penuaan gel kanji menyebabkan peningkatan komponen 'seperti pepejal' di dalam sistem. Sebaliknya, isyarat dari komponen cecair berkurangan. Kaedah ini telah digunakan untuk mengkaji kinetiks retrogradasi kanji-kanji dari asal usul botanikaI yang berlainan dan kelakuan retrogradasi campuran-campuran binari kanji. Persamaan Avrami telah.digunakan untuk mengkaji kinetiks retrogradasi.