Mengecam Dan Membezakan Tahap Kematangan Buah Pisang Menggunakan Antena Hon, Pemuat Dan Rangkaian Neural

Penggunaan antena, pemuat dan rangkaian neural boleh digunakan dalam proses pengecaman dan mengklasifikasikan tahap kematangan buah. Dalam menjalankan ujikaji ini dua antena hon piramid yang bertindak sebagai pemancar dan pemerima digunakan. Di mana antena pemancar disambungkan kepada penjana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Jadi, Noorasimah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57790/1/Mengecam%20Dan%20Membezakan%20Tahap%20Kematangan%20Buah%20Pisang%20Menggunakan%20Antena%20Hon%2C%20Pemuat%20Dan%20Rangkaian%20Neural_Noorasimah%20Mohd%20Jadi.pdf
http://eprints.usm.my/57790/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan antena, pemuat dan rangkaian neural boleh digunakan dalam proses pengecaman dan mengklasifikasikan tahap kematangan buah. Dalam menjalankan ujikaji ini dua antena hon piramid yang bertindak sebagai pemancar dan pemerima digunakan. Di mana antena pemancar disambungkan kepada penjana isyarat dan antena penerima disambungkan ke penganalisa spektrum bagi mengukur perambatan gelombang mikro terhadap bahan yang diuji iaitu buah pisang emas. Kemudian dalam masa yang sama nilai kemuatan buah pisang diambil dengan menggunakan dua plat selari yang membenarkan buah pisang bertindak sebagai dielektrik. Kedua-dua plat ini disambung kepada RCL meter bagi mengukur nilai kemuatan buah pisang bagi setiap tahap kematangan yang diuji. Akhir sekali kedua-dua data ini digunakan bagi melatih rangkaian neural dalam mengecam dan mengklasifikasikan tahap kematangan buah pisang. Rangkaian Perceptron Pelbilang Lapisan dipilih sebagai jenis rangkaian neural yang digunakan untuk ujikaji ini. Perisian MATLAB digunakan dalam melatih rangkaian neural network ini sehingga rangkaian ini mampu mengecam tahap kematangan buah.