Pemetaan Simbol Pergerakan Tarian Menghadap Rebab Dari Perspektif Alam Semula Jadi Dan Islam Melalui Alat Perakam Gerak

Tarian Menghadap Rebab merupakan tarian pembukaan yang wajib dilakukan untuk sebuah persembahan Makyung. Kehalusan dalam persembahan tarian Menghadap Rebab dapat dilihat dan dihayati secara visual. Akan tetapi tiada data yang melihat simbol dan corak dalam pergerakan tarian ini serta melihat pentafs...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bakhir, Norfarizah Mohd
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/54714/1/new%202020%20TESIS_PHD_NORFARIZAH_print%20cut.pdf
http://eprints.usm.my/54714/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tarian Menghadap Rebab merupakan tarian pembukaan yang wajib dilakukan untuk sebuah persembahan Makyung. Kehalusan dalam persembahan tarian Menghadap Rebab dapat dilihat dan dihayati secara visual. Akan tetapi tiada data yang melihat simbol dan corak dalam pergerakan tarian ini serta melihat pentafsiran dari segi falsafah alam semula jadi dan Arabesque. Tarian Menghadap Rebab secara makro dilihat mempunyai persamaan dengan unsur-unsur alam semula jadi berdasarkan lirik lagu dan pergerakan tarian. Penggunaan simbolisme dalam tarian Menghadap Rebab menunjukkan terdapat kaitan yang penting dengan alam semula jadi dan berkait rapat dengan unsur-unsur kepercayaan lama, seperti animisme, pengaruh Hindu dan Buddha serta agama Islam. Objektif kajian ini adalah untuk melihat pergerakan tarian Menghadap Rebab secara mikro yang dipetakan dengan menggunakan alat perakam gerak. Apabila pergerakan tarian dilakukan, simbol akan dijana. Setiap pergerakan ini akan dianalisis bagi melihat hubungan persamaan yang dihasilkan dengan falsafah alam semula jadi dan agama berpandukan garisan yang dipetakan melalui alat perakam gerak. Penggunaan teknik rakaman gerak akan memudahkan proses mendapatkan kesahihan simbol dan makna dalam tarian yang diperoleh daripada pemetaan tersebut. Kajian ini dibantu dengan penggunaan analisis kandungan deskriptif dan analisis tema bagi melihat dan memahami makna dalam persembahan tarian Menghadap Rebab. Penggunaan teori biomekanik, teori seni dan teori simbolisme akan memperkukuhkan analisis pergerakan tarian ini.