A Study On Ethnocentrism Among Undergraduates In Penang

Kajian kaedah campuran bermatlamat meneroka tahap etnosentrisme dalam kalangan pelajar universiti di Pulau Pinang. Borang soal selidik diedarkan kepada 380 siswa-siswi di universiti awam dan swasta. Analisa data kuantitatif menggunakan statistik deskriptif (min, sisihan piawai) dan inferensi (Ujian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kanasan, Muthukumaran
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/52607/1/MUTHUKUMARAN%20AL%20KANASAN%20-%20TESIS%20cut.pdf
http://eprints.usm.my/52607/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kaedah campuran bermatlamat meneroka tahap etnosentrisme dalam kalangan pelajar universiti di Pulau Pinang. Borang soal selidik diedarkan kepada 380 siswa-siswi di universiti awam dan swasta. Analisa data kuantitatif menggunakan statistik deskriptif (min, sisihan piawai) dan inferensi (Ujian t-bebas, ANOVA Sehala, Analisis Cluster, Korelasi Pearson). Analisis ujian t-bebas dan ANOVA sehala menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<.05) pada tahap etnosentrisme dalam kalangan kumpulan etnik, jantina, agama, jenis sekolah rendah dan sekolah menengah, penggunaan bahasa ibunda serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Analisis Cluster menunjukkan kebanyakan responden dikategorikan dalam segmen etnosentrisme intraetnik dan interetnik tahap sederhana. Selain itu, korelasi Pearson (r = -0.334) menunjukkan hubungan negatif antara kontak interetnik dan etnosentrisme. Diskusi kumpulan fokus dilakukan terhadap empat kumpulan etnik iaitu Melayu, Cina, India dan Sabah/Sarawak untuk meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada sikap ethnosentrisme. Analisis kualitatif ini mendapati tema seperti identiti budaya, agama, stereotaip, interaksi interetnik, pilihan, diskriminasi, sistem pendidikan, kesamarataan merupakan faktor yang berpengaruh terhadap etnosentrisme. Bagi merapatkan jurang antara etnik, kajian ini mencadangkan satu jenis sistem pendidikan nasional bagi rakyat, dialog antara agama yang progresif, program pertukaran pelajar di institusi pengajian tinggi, modul interetnik di tempat kerja dan polisi kesamarataan dalam usaha membendung sikap etnosentrisme.