Hubungan Antara Pelibatan Ibu Bapa Dan Sikap Murid Terhadap Pemahaman Bacaan Bahasa Tamil Dalam Kalangan Murid India Sekolah Menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan bahasa ibunda, khususnya dari segi pemahaman bacaan Bahasa Tamil dalam kalangan murid India Malaysia. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan antara keupayaan Bahasa Tamil dengan dua faktor iaitu faktor sosiologi daripada aspek pelibatan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suberamaniam, Arthiletchemy
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/51834/1/ARTHILETCHEMY%20AP%20SUBERAMANIAM%20-%20TESIS.pdf
http://eprints.usm.my/51834/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan bahasa ibunda, khususnya dari segi pemahaman bacaan Bahasa Tamil dalam kalangan murid India Malaysia. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan antara keupayaan Bahasa Tamil dengan dua faktor iaitu faktor sosiologi daripada aspek pelibatan ibu bapa di rumah dan faktor psikologi daripada aspek sikap murid terhadap bacaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kausal komparatif jenis retrospektif, melibatkan 455 orang murid yang terdiri daripada murid India tingkatan empat di SMK di daerah Kuala Muda/Yan, Kedah. Pemahaman bacaan murid diuji dengan menggunakan satu set Ujian Pemahaman Bacaan yang mengandungi 36 soalan aneka pilihan yang terdiri daripada 18 soalan untuk ujian pemahaman bacaan teks naratif dan 18 soalan untuk ujian pemahaman bacaan teks ekspositori. Bagi kedua-dua teks naratif dan teks ekspositori, 9 soalan terdiri daripada soalan tersurat dan 9 soalan lagi terdiri daripada soalan tersirat. Pelibatan ibu bapa diukur melalui 8 item yang diubah suai daripada instrumen oleh PISA (2015), manakala sikap murid terhadap bacaan diukur dengan menggunakan 20 item yang diubah suai daripada instrumen McKenna dan Kear (1990). Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif (frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai) dan inferensi (Ujian-t dan analisis ANOVA dua hala). Dapatan kajian menunjukkan bahawa keupayaan Bahasa Tamil, iaitu pemahaman bacaan murid India berada pada tahap sederhana (Gred C).