Persepsi guru Bahasa Melayu terhadap tahap bimbingan pembimbing pakar peningkatan sekolah dalam pengajaran dan pemudahcara

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru bahasa Melayu di daerah Julau terhadap tahap bimbingan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Tahap bimbingan terbahagi kepada enam dimensi iaitu guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Uset, Kana anak, Mahamod, Zamri
Other Authors: Abu, Norsofiah Bakar
Format: Book Section
Language:English
Published: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46540/1/ART%2025.pdf
http://eprints.usm.my/46540/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru bahasa Melayu di daerah Julau terhadap tahap bimbingan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Tahap bimbingan terbahagi kepada enam dimensi iaitu guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan pemantau berterusan kepada murid untuk kekal sebagai pembelajar aktif dalam pembelajaran bahasa Melayu. Seramai 65 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di 15 buah sekolah rendah, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan tiga buah sekolah menengah harian daerah Julau telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang kaji selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 23.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min keseluruhan bagi tahap bimbingan jurulatih SISC+ terhadap PdPc guru bahasa Melayu pada tahap yang sederhana dengan skor min 3.20 dan sisihan piawai 0.07. Sementara tahap bimbingan yang paling tinggi daripada 6 aspek impak bimbing ialah tahap bimbingan pembelajaran bahasa Melayu dengan nilai min 4.29, manakala sisihan piawai 0.40. Selain itu, dapatan kajian turut mendapati bahawa tahap bimbingan jurulatih SISC+ terhadap murid sebagai pembelajar aktif dalam PdPc juga pada tahap sederhana dengan min 3.04 dan sisihan piawai 0.64. Ujian t yang dijalankan mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penerimaan bimbingan mengikut jantina manakala hasil ujian ANOVA pula mendapati bahawa tidak wujud hubungan di antara tahap bimbingan dengan opsyen guru tetapi terdapat kesan kekerapan bimbingan yang signifikan terhadap tahap bimbingan jurulatih SISC+. Hasil kajian mendapati guru-guru bahasa Melayu di daerah Julau memberikan respons yang positif terhadap bimbingan jurulatih SISC+.