Inovasi Produk dalam Program Homestay: Kajian Kes di Homestay Kampung Desa Keda

Inovasi merupakan salah satu komponen yang penting untuk meningkatkan kelebihan daya saing dalam persekitaran yang semakin berubah masa kini. Pasaran yang lebih baik memerlukan idea yang lebih kreatif dalam penghasilan sesuatu produk termasuklah dalam sektor pelancongan dengan penglibatan kawasan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suffarruddin, Suhaida Herni, Jaafar, Mastura, Rahman, Suraiyati
Other Authors: A. Kadir, Nadhrah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/40503/1/ART_23.pdf
http://eprints.usm.my/40503/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Inovasi merupakan salah satu komponen yang penting untuk meningkatkan kelebihan daya saing dalam persekitaran yang semakin berubah masa kini. Pasaran yang lebih baik memerlukan idea yang lebih kreatif dalam penghasilan sesuatu produk termasuklah dalam sektor pelancongan dengan penglibatan kawasan luar bandar. Program homestay merupakan salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan menjadi salah satu tarikan pelancong yang dapat memberi pengalaman kehidupan luar bandar. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk menerokai perlaksanaan inovasi produk yang telah dilaksanakan oleh Program Homestay Kampung Desa Keda yang merupakan salah satu program homestay di Utara Semenanjung Malaysia. Homestay ini dipilih berdasarkan jumlah kedatangan pelancong tertinggi iaitu seramai 52,621 orang pada tahun 2011 hingga 2016. Penemuan daripada kajian ini membincangkan berkaitan perlaksanaan inovasi produk yang terbahagi kepada penginapan, aktiviti budaya dan produk komuniti. Penemuan kajian ini menunjukkan inovasi produk adalah penting dalam pembangunan program homestay sebagai kelebihan dalam daya saing dalam menarik kedatangan pelancong.