Kualiti Guru Permulaan Keluaran Sebuah Institut Perguruan: Satu Tinjauan Dari Perspektif Pentadbir Sekolah (Quality Of Beginning Teachers Of A Teacher Training Institute: A Survey From The Perspective Of School Administrators)

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap guru permulaan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan guru permulaan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) keluaran sebuah institut perguruan di Malaysia. Kumpulan guru permulaan ini mula berkhidmat seba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chee , Kim Mang
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34391/1/JPP23-3_KUALITI_GURU.pdf
http://eprints.usm.my/34391/
http://apjee.usm.my/APJEE_23_2008/JPP23-3_KUALITI%20GURU.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap guru permulaan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan guru permulaan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) keluaran sebuah institut perguruan di Malaysia. Kumpulan guru permulaan ini mula berkhidmat sebagai guru sekolah selama enam bulan pertama mereka ditempatkan ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP). Kaedah persampelan rawak bersistematik digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 105 set soal selidik telah diposkan ke sekolah-sekolah di mana guru permulaan ditempatkan di seluruh Malaysia. Sebanyak 83 (79.1%) set soal selidik telah dikembalikan oleh pentadbir-pentadbir sekolah. Kertas kerja ini akan membincangkan tahap kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap empat aspek iaitu: (i) kualiti diri; (ii) pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah; (iii) pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah; dan (iv) pengurusan kerja di mana guru permulaan itu ditempatkan. Beberapa isu, cabaran dan harapan yang disuarakan oleh pihak pentadbir tentang guru permulaan keluaran institut perguruan juga dibincangkan.