Kajian Korelasi Emosi Malu Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Mahasiswa Melayu

Artikel ini melaporkan tentang pembinaan soal selidik 46 item berkenaan malu dan kajian yang dijalankan untuk menentukan tahap perhubungan malu dan pencapaian akademik di kalangan mahasiswa Melayu. Sejumlah 140 pelajar (63 lelaki dan 77 perempuan) yang berumur antara 20 hingga 36 tahun telah diam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Abdul Rashid, Hamzah, Mohamad Daud
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34322/1/JPP10rashid_%28153-167%29B.pdf
http://eprints.usm.my/34322/
http://apjee.usm.my/APJEE_20_2005/JPP10rashid%20(153-167)B.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini melaporkan tentang pembinaan soal selidik 46 item berkenaan malu dan kajian yang dijalankan untuk menentukan tahap perhubungan malu dan pencapaian akademik di kalangan mahasiswa Melayu. Sejumlah 140 pelajar (63 lelaki dan 77 perempuan) yang berumur antara 20 hingga 36 tahun telah diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Daripada jumlah itu, 56 orang adalah pelajar tahun kedua, 79 orang pelajar tahun ketiga dan 5 orang pelajar tahun keempat. Seramai 43 orang adalah pelajar sains dan 97 orang pelajar sastera. Pelajar-pelajar ini datangnya daripada berbagai-bagai latar belakang seperti Sastera, Pengajian Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Perniagaan, Matematik, Biologi dan Kimia. Dapatan kajian menunjukkan soal selidik yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan koefisien Cronbach Alpha 0.9. Lima faktor berkenaan malu telah diperoleh. Ia diistilahkan sebagai: (a) kesekatlakuan wibawa, (b) kesekatlakuan sosial, (c) persepsi sinis, (d) pengelakan sosial dan (e) kebimbangan komunikasi-interaktif. Malu mempunyai korelasi negatif yang rendah (–0.23) dengan keputusan purata nilai gred (PNG) semester yang sebelumnya dan korelasi negatif yang sama (0.22) dengan purata nilai gred keseluruhan (PNGK). Terdapat korelasi negatif yang rendah antara Kesekatlakuan Wibawa dengan PNG (–0.27). Keduadua Kesekatlakuan Sosial dan Kebimbangan Komunikasi-Interaktif mempunyai korelasi yang lebih rendah dengan PNG (SI = –0.21; Ic-A = –0.14) dan PNGK (SI = –0.17; Ic-A = –0.12). Tidak terdapat korelasi antara Persepsi Sinis dan Pengelakan Sosial dengan PNG (PS = –0.01; PSs = 0.09) dan PNGK (CP = –0.06; SE = 0.09). Secara keseluruhannya arah korelasi antara malu dengan pencapaian akademik adalah negatif. Walau bagaimanapun, trend aspek Pengelakan Sosial adalah positif. Ini menunjukkan walaupun malu mempunyai hubungan negatif dengan pencapaian akademik, pelajar yang pemalu boleh meningkatkan pencapaian akademik mereka jika dapat menggunakan strategi yang sesuai dengan naluri Pengelakan Sosial seperti berkomunikasi dengan pensyarah, rakan kursus melalui e-mel dan melayari laman web untuk mendapatkan sumber maklumat kursus tambahan secara peribadi.