Educational Development in Malaysia in the Eighties

Kertas ini mengemukakan ramalan-ramalan tentang perkembangan mengenai enam lapangan pendidikan yang utama di dalam tahun lapan puluhan iaitu infrastruktur pentadbiran, pendidikan guru, kurikulum sekolah, pendidikan tinggi, pendidikan bukan-formal dan pendisiplinan di sekolah. Kertas ini meramalka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Paul, Chang
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 1979
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/33301/1/Jilid_01_Artikel_04.pdf
http://eprints.usm.my/33301/
http://apjee.usm.my/JPP_01_1979/Jilid%2001%20Artikel%2004.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ini mengemukakan ramalan-ramalan tentang perkembangan mengenai enam lapangan pendidikan yang utama di dalam tahun lapan puluhan iaitu infrastruktur pentadbiran, pendidikan guru, kurikulum sekolah, pendidikan tinggi, pendidikan bukan-formal dan pendisiplinan di sekolah. Kertas ini meramalkan: Antara lain tidak mungkin berlaku perubahan-perubahan yang radikal di dalam penyusunan dan struktur sistem pentadbiran. Tetapi akan muncul pertambahan pegawaipegawai yang mendapat latihan berasaskan anika-disiplin; otonomi membuat penentuan-penentuan yang lebih luas di kalangan peqawai-peqawai pentadbir dan guru-guru besar berperanan sebagai katalistor untuk perubahan. Penghujung tahun lapan puluhan memperlihatkan bermulanya perkhidmatan pengajaran siswazah yang dipersatukan, dan pensyarah·pensyarah perguruan dibawa masuk menjadi Nazir sekolah-sekolah untuk membiasakan mereka Clengan perubahan yang berlaku di bilikdarjah. Sukatan-sukatan pelajaran yang seragam itu akan diberikan dayasuai yang lebih tinggi untuk menampung kemahuan-kemahuan dan minat-minat kumpulan murid yang berbezabeza. Perlengkapan buku teks yang seragam akan bertukar menjadi pegemukaan pilihan-pilihan buku teks yang direkomenkan. Dari segi pendisiplinan di sekolah-sekolah kertas ini meramalkan penggunaan dendaan korporal yang dianjurkan oleh setengah-setengah persatuan guru akan dipersoalkan. Pendekatan yang lebih bersifat kernanuslaan akan direkomenkan. Hingga tahun-tahun lapan puluhan diharapkan guru-guru akan sedar bahawa matlamat utama pendidikan ialah mernperikemanusiaankan murid-murid bukan disebaliknya. Di dalam pendidikan tinggi tidak akan berlaku pertambahan pendidikan peringkat universiti tetapi politeknik-politeknik akan bertambah. Peranan pendidikan bukan-formal akan lebih dihargai. Akan terbentuklah satu Majlis Penasihat Pendidikan Bukan-Formal Kebangsaan untuk menyelaraskan usaha-usaha pendidikan tersebut. Akhir sekali diharap bahawa pendidik-pendidik Malaysia akan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan dengan cara inovatif dan semangat berbakti.