Design And Evaluation Of Pocket Education System: An Sms-Based Learning For Distance Learners

Satu aliran terkini di kebanyakan universiti di seluruh dunia adalah penggunaan teknologi dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun mod pembelajaran secara bersemuka masih kekal sebagai pilihan utama dalam kalangan pengamal pendidikan, masih terdapat keperluan terhadap penyelesaia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azizan, Siti Norbaya
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32275/1/SITI_NORBAYA_AZIZAN_24%28NN%29.pdf
http://eprints.usm.my/32275/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu aliran terkini di kebanyakan universiti di seluruh dunia adalah penggunaan teknologi dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun mod pembelajaran secara bersemuka masih kekal sebagai pilihan utama dalam kalangan pengamal pendidikan, masih terdapat keperluan terhadap penyelesaian berteknologi yang mampu dimiliki dan dicapai oleh semua orang untuk memperoleh pengetahuan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan menilai sistem ‗Pocket Education‘, iaitu satu aplikasi pembelajaran mudah alih (m-pembelajaran) yang memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS). Kajian ini melibatkan pelajar jarak jauh yang mengikuti kursus pengurusan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM). Ia menggunakan metodologi kajian berasaskan rekabentuk sebagai panduan proses rekabentuk pengajaran sistematik (ISD) dalam membangunkan sistem m-pembelajaran berasaskan SMS ini.Secara khusus, model ADDIE (Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian) telah dipilih sebagai pendekatan sistematik dalam merekabentuk dan menilai sistem dalam kajian ini. A current trend witnessed in most universities globally is the utilization of technology in supporting teaching and learning process. While face-to-face learning mode remains a favorite among educational practitioners, there is a need for a technological solution that is affordable and accessible for everyone in acquiring knowledge at anytime and anywhere. The primary purpose of this study was to present the design and evaluation of Pocket Education system, a mobile learning (m-learning) application which facilitates teaching-learning process via the short message service (SMS) technology. The study was conducted involving distance learners undertaking management courses in the School of Distance Education (SDE), Universiti Sains Malaysia (USM). The study employed the design-based research methodology to guide the instructional systematic design (ISD) process in developing the SMS-based m-learning system. In particular, ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation) instructional design model was adopted as a systematic approach to design and evaluate the system.