Penilaian Akses Makanan Dan Penentu Perbelanjaan Ke Atas Makanan Dalam Kalangan Petani Padi Di Kawasan Pengairan Muda

Keselamatan makanan wujud apabila setiap individu, pada setiap masa, sama ada secara fizikal, sosial dan ekonomi mencapai kecukupan makanan dan nutrisi yang diperlukan untuk kehidupan yang sihat dan aktif. Akses makanan merujuk kepada keupayaan isi rumah memperolehi sumber atau hak untuk mendapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Ahmad Zubir, Radin Badaruddin, Radin Firdaus
Format: Article
Language:English
Published: National Geographical Association of Malaysia 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/30424/1/PENILAIAN_AKSES_MAKANAN_DAN_PENENTU_PERBELANJAAN_KE_ATAS_MAKANAN_DALAM_KALANGAN_PETANI_PADI_DI_KAWASAN_PENGAIRAN_MUDA.pdf
http://eprints.usm.my/30424/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keselamatan makanan wujud apabila setiap individu, pada setiap masa, sama ada secara fizikal, sosial dan ekonomi mencapai kecukupan makanan dan nutrisi yang diperlukan untuk kehidupan yang sihat dan aktif. Akses makanan merujuk kepada keupayaan isi rumah memperolehi sumber atau hak untuk mendapatkan makanan yang sesuai bagi menampung keperluan diet mereka. Di kebanyakan negara membangun, golongan isi rumah yang bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai punca pendapatan, sering dikaitkan dengan masalah keselamatan makanan. Insiden ini berlaku kerana golongan ini mempunyai kelemahan dalam pelbagai aspek modal atau aset bagi memenuhi keperluan pemakanan mereka. Untuk meninjau perihal ini, satu penilaian akses makanan di kalangan 225 isi rumah luar bandar di kawasan pengairan Muda, Kedah telah dijalankan. Hasil kajian mendapati kedai runcit, pasar dan pasar malam atau pasar tani menjadi akses utama bagi petani padi di kawasan Muda untuk mendapatkan barang makanan berbanding pasar raya dan pasar mini. Manakala analisa penentu perbelanjaan berdasarkan analisis regresi double log pula mendapati bahawa faktor pendapatan, pekerjaan sampingan, jarak ke tempat mendapat makanan, amalan berkebun dan pembelian makanan yang telah siap dimasak mempunyai hubungan yang signifikan ke atas penentuan perbelanjaan makanan. Bagi meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya memperbaiki kuasa beli mereka, kajian ini mengemukakan beberapa langkah strategik boleh diambil khususnya oleh pihak kerajaan.