Analisis Status Hadis Dalam Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Dua Kbsm

Pendidikan Islam' (PI) dikategorikan sebagai salah satu daripada mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar Islam di peringkat menengah bagi sekolah harian biasa di Malaysia dengan terlaksananya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989. Mulai 2012, Pentaksiran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim', Norhasnira binti, Abd Kadir, Dr. Kauthar binti
Format: Conference Paper
Language:Burmese
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9419
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan Islam' (PI) dikategorikan sebagai salah satu daripada mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar Islam di peringkat menengah bagi sekolah harian biasa di Malaysia dengan terlaksananya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989. Mulai 2012, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi peringkat menengah rendah mula dilaksanakan terhadap mata pelajaran PI. Di antara objektif kurikulum Pendidikan Islam yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah pelajar dapat memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis dan mengenalpasti status setiap hadis di dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Dua KBSM memandangkan masih ramai di kalangan murid, guru dan masyarakat umum yang terlepas pandang atau tidak menyedari tentang penyebaran hadis palsu di dalam sukatan pelajaran di peringkat sekolah menengah tempatan yang pastinya akan mernberikan irnpak negatif terhadap pegangan akidah umat Islam di Malaysia. Daripada analisis yang dijalankan, sejumlah 49 buah hadis telah dimuatkan di dalam buku teks ini sebagai dalil dan sokongan terhadap fakta yang telah dihuraikan. Kajian ini menghasilkan dapatan bahawa hadis yang dimuatkan adalah terdiri daripada hadis sahih, hasan suhih, hasan sahih gharib, da'if dan juga mawdu' (palsu).