Penggunaan Pisau Mekanikal dalam Industri Sembelihan Ayam Halal: Analisis Menurut Perspektif Maqasid al-Shariah

Pertambahan bilangan penduduk dunia serta perubahan gaya hidup dan makan menyebabkan timbul keperluan untuk penghasilan daging ayam yang lebih banyak bagi memenuhi keperluan pengguna. Oleh itu, ia menuntut penghasilan produk dalam kuantiti yang besar dengan kaedah yang lebih baik. Dalam usaha terseb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tuan Sidek T.M., Ridzwan Ahmad
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18154
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertambahan bilangan penduduk dunia serta perubahan gaya hidup dan makan menyebabkan timbul keperluan untuk penghasilan daging ayam yang lebih banyak bagi memenuhi keperluan pengguna. Oleh itu, ia menuntut penghasilan produk dalam kuantiti yang besar dengan kaedah yang lebih baik. Dalam usaha tersebut, perkembangan sains dan teknologi serta wujudnya faktor kecekapan kos membawa kepada pengenalan pisau mekanikal dalam industri sembelihan ayam. Walau bagaimanapun, dari sudut fiqh, terdapat perbezaan pendapat di kalangan sarjana Islam berkenaan keharusan penggunaannya. Ada pendapat yang mengatakan harus dan begitulah juga sebaliknya. Sehubungan dengan itu, tulisan ini dikemukakan untuk membincangkan perbezaan ini dan menilai pelbagai pandangan tersebut menurut ukuran maqasid al-shari’ah. Antara ciri utama pengukuran berdasarkan maqasid ialah penekanan kepada pencapaian maslahah dan penolakan mafsadah. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen. Pelbagai pandangan ulama mengikut pelbagai mazhab, pandangan-pandangan fuqaha’ kontemporari dan realiti industri sembelihan halal semasa dibincangkan dan dianalisis berasaskan ukuran maslahah mafsadah berpandukan pelbagai kaedah dalam pengukuran maqasid al-shariah. Hasil daripada analisis, dapat disimpulkan bahawa secara asasnya penggunaan pisau mekanikal adalah harus. Walaupun begitu, aplikasinya dalam industri sembelihan halal adalah rumit dan memerlukan kepada garis panduan yang sangat ketat dan dipatuhi oleh rumah-rumah sembelihan untuk memastikan ia patuh syarak dan dapat menjaga maslahah semua pihak yang terlibat.