Komitmen kerjaya dan afektif sebagai pengantara hubungan antara faktor terpilih dengan tingkah laku kewargaan organisasi guru baharu sekolah menengah di Selangor, Malaysia

Dalam bidang pendidikan, tingkah laku kewargaan organisasi memainkan peranan yang penting dan mempunyai impak besar terhadap pihak berkepentingan terutarnanya pel aj ar, guru dan sekolah, Tingkah laku ini didapati rnampu mernaksimumkan keberkesanan organisasi dengan rneningkatkan produktiviti, menst...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Si Harun, Mahazi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92699/1/FPP%202016%2012%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92699/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam bidang pendidikan, tingkah laku kewargaan organisasi memainkan peranan yang penting dan mempunyai impak besar terhadap pihak berkepentingan terutarnanya pel aj ar, guru dan sekolah, Tingkah laku ini didapati rnampu mernaksimumkan keberkesanan organisasi dengan rneningkatkan produktiviti, menstabilkan prestasi dan mengukuhkan keupayaan organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan amara pernemoran, efikasi kendiri, beban tugas, komitrnen kerjaya dan komitmen afektif dengan tingkah laku kewargaan organisasi dalarn kalangan guru baharu di Negeri Selangor. Kajian inijuga meneliti kesan pengantara komitmen kerjaya dan komitmen afektif terhadap hubungan antara pementoran, efikasi kendiri dan beban tugas dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Di sarnping itu, anal isis faktor penerokaan telah dilaksanakan untuk menguji instrumen bagi menentukan faktor-faktor utama yang berkaitan dengan beban tugas guru. Kajian ini melibatkan 340 orang guru baharu sekolah menengah harlan di Negeri Selangor yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data yang diperoleh melalui soal selidik yang diberikan kepada responden telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menjelaskan profil demografi dan tahap pemboleh ubah kajian manakala statistik inferensi seperti kaedah analisis structural equation modeling serta boo/strapping digunakan bagi menguji hipotesis dan hubungan kebolehinginan sosial dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Keputusan kajian mendapati tahap tingkah laku kewargaan guru baharu adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan hanya pementoran dan efikasi kendiri mempunyai hubungan langsung yang positif dan signifikan dengan tingkah laku kewargaan organisasi manakala beban tugas dilihat tidak mempunyai hubungan langsung dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Selain itu, pementoran dan efikasi kendiri didapati mempunyai hubungan langsung yang positif dan signifikan dengan komitmen kerjaya. Malahan pementoran serta efikasi kendiri juga mempunyai hubungan langsung yang positif dan signifikan dengan komitmen afektif manakala beban tugas dilihat mempunyai hubungan langsung yang negatif dan signifikan dengan komitmen kerjaya serta komitmen afektif. Kajian juga mendapati komitmen kerja dan komitmen afektif mempunyai hubungan langsung yang positif dan signifikan dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Oleh itu, hasil keputusan kajian ini menunjukkan bahawa komitmen kerjaya dan komitmen afektifberkemungkinan berfungsi sebagai pengantara hubungan antara pementoran dan efikasi kendiri dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Seterusnya, keputusan analisis bootstrapping menunjukkan komitmen kerjaya adalah pengantara bagi hubungan pementoran dan efikasi kendiri dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Begitu juga didapati komitmen afektif menjadi pengantara bagi hubungan pementoran serta efikasi kendiri dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa pementoran dan efikasi kendiri, komitmen kerjaya dan komitmen afektif dilihat penting sebagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan tingkah laku kewargaan organisasi dalam kalangan guru baharu. Malahan komitmen kerjaya dan komitmen afektif juga dilihat memainkan peranan yang penting sebagai pengantara dalam hubungan antara pementoran serta efikasi kendiri dengan tingkah laku kewargaan organisasi dalam kalangan guru baharu.