Keberkesanan Pelaksanaan Program Kemahiran Hidup di Sekolah-Sekolah Menengah di Malaysia Berdasarkan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan Produk

Tujuan kajian ini ialah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Kemahiran Hidup berdasarkan model penilaian KIPP (Konteks, Input, Proses dan Produk) oleh Stufflebeam (1971). Dalam kajian ini, keberkesanan pelaksanaan Kemahiran Hidup dinilai dari segi (1) dimensi konteks (kerelevanan objek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahaya, Azizi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1999
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9156/1/FPP_1999_45_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9156/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Kemahiran Hidup berdasarkan model penilaian KIPP (Konteks, Input, Proses dan Produk) oleh Stufflebeam (1971). Dalam kajian ini, keberkesanan pelaksanaan Kemahiran Hidup dinilai dari segi (1) dimensi konteks (kerelevanan objektif Kemahiran Hidup dengan Falsafah Pendidikan Negara, permasalahan sebelum pelaksanaan Kemahiran Hidup dan sikap dan kesediaan guru terhadap perubahan dalam Kemahiran Hidup); (2) dimensi input (keyakinan guru mengajar, kemahiran dan pengetahuan guru, peralatan, bengkel, kemudahan, jadual waktu, peruntukan kewangan, latihan dan sokongan pengetua); (3) dimensi proses (strategi pengajaran dan pembelajaran guru-guru Kemahiran Hidup, dan cara guru menilai kerja-keIja projek pelajar); dan (4) dimensi produk (hasil perubahan sikap pelajar, pencapaian dan objektif Kemahiran Hidup). Soalselidik digunakan untuk tujuan kajian ini dan dibentuk berdasarkan model KIPP oleh Stufflebeam. Soalselidik diedarkan melalui pos dan juga die dar sendiri oleh penyelidik di Selangor, N.Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor. Seramai 250 orang guru dan 150 pelajar menjadi responden dalam kajian. Kebolehpercayaan soalselidik berdasarkan kepada setiap dimensi yang terdapat dalam model KIPP ialah melebehi daripada 0.7. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk tujuan kajian ini.