Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar dalam matematik masih rendah terutamanya dalam pentaksiran global seperti TIMSS dan PISA. Penyoalan lisan guru didapati membantu meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar terhadap konsep matematik yang dipelajari. Terlalu sedik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Sofwan, Mahmud
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90881/1/IPM%202020%207%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90881/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.90881
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Mathematics - Study and teaching (Primary) - Malaysia
Problem solving - Study and teaching
spellingShingle Mathematics - Study and teaching (Primary) - Malaysia
Problem solving - Study and teaching
Muhammad Sofwan, Mahmud
Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah
description Kajian terdahulu menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar dalam matematik masih rendah terutamanya dalam pentaksiran global seperti TIMSS dan PISA. Penyoalan lisan guru didapati membantu meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar terhadap konsep matematik yang dipelajari. Terlalu sedikit yang diketahui tentang sejauh mana guru matematik sekolah rendah melaksanakan penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik. Maka, kajian ini dijalankan untuk menghuraikan jenis soalan lisan, aras soalan lisan dan jenis maklum balas yang digunakan oleh guru baharu dan guru berpengalaman dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah serta faktor yang mempengaruhi maklum balas yang diberikan oleh guru terhadap respon pelajar. Dengan itu, suatu kerangka penyoalan lisan guru matematik sekolah rendah boleh dicadangkan. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data diperoleh melalui kaedah pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan nota lapangan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis perbandingan berterusan bagi mendapatkan tema dan sub- tema yang terkandung di dalam data yang merupakan data primer. Pemilihan peserta kajian adalah secara pensampelan bertujuan iaitu seramai enam orang guru matematik sekolah rendah yang terdiri daripada tiga orang guru baharu dan tiga orang guru berpengalaman. Dapatan kajian mendapati bahawa guru berpengalaman mengajukan soalan lisan yang lebih banyak berbanding guru baharu dalam pengajaran matematik yang dilaksanakan. Terdapat dua kategori utama jenis soalan yang diajukan oleh guru dalam pengajaran matematik iaitu soalan lisan berkaitan isi kandungan pelajaran dan soalan lisan pengurusan pengajaran. Analisis data menunjukkan bahawa jenis soalan pengurusan pengajaran melengkapi penyoalan lisan berkaitan kandungan di mana gabungan kedua dua jenis soalan ini diperlukan dalam proses penyoalan lisan semasa pengajaran matematik. Penerokaan berkaitan aras soalan lisan yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran matematik mendapati guru baharu dan guru berpengalaman lebih memberi fokus kepada penyoalan lisan aras rendah dalam proses pengajaran matematik. Hasil kajian juga turut mengenal pasti cabaran pelaksanaan soalan lisan aras tinggi iaitu kekangan masa, bebanan tugas yang banyak, silibus matematik yang banyak, tahap kemampuan pelajar, penglibatan pelajar, serta latihan dalam perkhidmatan yang tidak mencukupi menyebabkan mereka kurang memberi fokus kepada soalan lisan aras tinggi dalam proses pengajaran matematik. Seterusnya, dalam aspek memberi maklum balas terhadap respon pelajar semasa proses penyoalan lisan, didapati bahawa guru berpengalaman mengajukan lebih banyak maklum balas berbanding guru baharu. Guru baharu dan guru berpengalaman memberikan pelbagai jenis maklum balas terhadap respon pelajar dalam aktiviti penyoalan lisan semasa proses pengajaran matematik. Mereka menyatakan pelbagai faktor mempengaruhi maklum balas yang diberikan terhadap respon pelajar. Faktor tersebut ialah tahap kemampuan pelajar, respon pelajar semasa proses pengajaran, persekitaran, pengalaman mengajar, tahap pengetahuan guru, bebanan tugas serta kursus dan latihan dalam perkhidmatan. Kajian ini juga telah berjaya menghasilkan sebuah Kerangka Penyoalan Lisan Guru Matematik Sekolah Rendah yang menekankan aspek pelbagai jenis soalan lisan, soalan lisan pelbagai aras, maklum balas yang pelbagai, serta pelbagai faktor penting yang perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan penyoalan lisan dalam pengajaran matematik. Penemuan ini adalah bersifat sugestif tetapi tidak dapat di generalisasikan kepada semua guru matematik sekolah rendah. Dicadangkan kajian kuantitatif boleh dilaksanakan yang melibatkan saiz sampel yang lebih besar. Selain itu, beberapa implikasi untuk proses pengajaran dibincangkan dan beberapa cadangan untuk penyelidikan selanjutnya adalah disyorkan.
format Thesis
author Muhammad Sofwan, Mahmud
author_facet Muhammad Sofwan, Mahmud
author_sort Muhammad Sofwan, Mahmud
title Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah
title_short Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah
title_full Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah
title_fullStr Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah
title_full_unstemmed Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah
title_sort pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah
publishDate 2020
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90881/1/IPM%202020%207%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90881/
_version_ 1713201335536451584
spelling my.upm.eprints.908812021-10-01T02:02:57Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90881/ Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah Muhammad Sofwan, Mahmud Kajian terdahulu menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar dalam matematik masih rendah terutamanya dalam pentaksiran global seperti TIMSS dan PISA. Penyoalan lisan guru didapati membantu meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar terhadap konsep matematik yang dipelajari. Terlalu sedikit yang diketahui tentang sejauh mana guru matematik sekolah rendah melaksanakan penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik. Maka, kajian ini dijalankan untuk menghuraikan jenis soalan lisan, aras soalan lisan dan jenis maklum balas yang digunakan oleh guru baharu dan guru berpengalaman dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah serta faktor yang mempengaruhi maklum balas yang diberikan oleh guru terhadap respon pelajar. Dengan itu, suatu kerangka penyoalan lisan guru matematik sekolah rendah boleh dicadangkan. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data diperoleh melalui kaedah pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan nota lapangan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis perbandingan berterusan bagi mendapatkan tema dan sub- tema yang terkandung di dalam data yang merupakan data primer. Pemilihan peserta kajian adalah secara pensampelan bertujuan iaitu seramai enam orang guru matematik sekolah rendah yang terdiri daripada tiga orang guru baharu dan tiga orang guru berpengalaman. Dapatan kajian mendapati bahawa guru berpengalaman mengajukan soalan lisan yang lebih banyak berbanding guru baharu dalam pengajaran matematik yang dilaksanakan. Terdapat dua kategori utama jenis soalan yang diajukan oleh guru dalam pengajaran matematik iaitu soalan lisan berkaitan isi kandungan pelajaran dan soalan lisan pengurusan pengajaran. Analisis data menunjukkan bahawa jenis soalan pengurusan pengajaran melengkapi penyoalan lisan berkaitan kandungan di mana gabungan kedua dua jenis soalan ini diperlukan dalam proses penyoalan lisan semasa pengajaran matematik. Penerokaan berkaitan aras soalan lisan yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran matematik mendapati guru baharu dan guru berpengalaman lebih memberi fokus kepada penyoalan lisan aras rendah dalam proses pengajaran matematik. Hasil kajian juga turut mengenal pasti cabaran pelaksanaan soalan lisan aras tinggi iaitu kekangan masa, bebanan tugas yang banyak, silibus matematik yang banyak, tahap kemampuan pelajar, penglibatan pelajar, serta latihan dalam perkhidmatan yang tidak mencukupi menyebabkan mereka kurang memberi fokus kepada soalan lisan aras tinggi dalam proses pengajaran matematik. Seterusnya, dalam aspek memberi maklum balas terhadap respon pelajar semasa proses penyoalan lisan, didapati bahawa guru berpengalaman mengajukan lebih banyak maklum balas berbanding guru baharu. Guru baharu dan guru berpengalaman memberikan pelbagai jenis maklum balas terhadap respon pelajar dalam aktiviti penyoalan lisan semasa proses pengajaran matematik. Mereka menyatakan pelbagai faktor mempengaruhi maklum balas yang diberikan terhadap respon pelajar. Faktor tersebut ialah tahap kemampuan pelajar, respon pelajar semasa proses pengajaran, persekitaran, pengalaman mengajar, tahap pengetahuan guru, bebanan tugas serta kursus dan latihan dalam perkhidmatan. Kajian ini juga telah berjaya menghasilkan sebuah Kerangka Penyoalan Lisan Guru Matematik Sekolah Rendah yang menekankan aspek pelbagai jenis soalan lisan, soalan lisan pelbagai aras, maklum balas yang pelbagai, serta pelbagai faktor penting yang perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan penyoalan lisan dalam pengajaran matematik. Penemuan ini adalah bersifat sugestif tetapi tidak dapat di generalisasikan kepada semua guru matematik sekolah rendah. Dicadangkan kajian kuantitatif boleh dilaksanakan yang melibatkan saiz sampel yang lebih besar. Selain itu, beberapa implikasi untuk proses pengajaran dibincangkan dan beberapa cadangan untuk penyelidikan selanjutnya adalah disyorkan. 2020-07 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90881/1/IPM%202020%207%20-%20IR.pdf Muhammad Sofwan, Mahmud (2020) Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Mathematics - Study and teaching (Primary) - Malaysia Problem solving - Study and teaching
score 13.187197