Keberkesanan kursus induksi umum kumpulan 1, di INTAN Wilayah Timur Kemaman Terengganu

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Kursus Induksi Umum, Kumpulan I yang dianjurkan oleh INTAN Wilayah Timur, Chukai, Kemaman, Terengganu pada tahun 1997. Aspek yang akan ditumpukan dalam penilaian terse but ialah dari segi pencapaian objektif kursus secara menyeluruh dan secara perba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sidek, Omar
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9068/1/FPP_1998_72%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9068/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Kursus Induksi Umum, Kumpulan I yang dianjurkan oleh INTAN Wilayah Timur, Chukai, Kemaman, Terengganu pada tahun 1997. Aspek yang akan ditumpukan dalam penilaian terse but ialah dari segi pencapaian objektif kursus secara menyeluruh dan secara perbandingan diantara Kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan Kumpulan Sokongan dalam Gred 5 dan 6 serta Gred-gred lain yang setaraf dengan Kumpulan B. Kajian ini juga akan mengukur tahap pembelajaran yang diperolehi serta tahap peningkatan prestasi peserta selepas menghadiri kursus ini. Disamping itu juga kajian ini akan menilai keberkesanan metodologi latihan, modul, persekitaran dan fasilitator yang terlibat. Seramai 95 orang peserta yang pernah menghadiri kursus telah dipilih secara persampelan rawak strata, bagi mempastikan responden yang dipilih dapat mewakili kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan dalam Gred 5 dan 6. serta Gred-gred lain yang setaraf dengan Kumpulan B. Borang soal selidik diedar dan dikembalikan dalam satu seminar yang dirancang khusus untuk penilaian keberkesanan kursus ini. Semua data yang dikumpul telah diproses secara manual untuk mendapat peratus keberkesanan, purata pencapaian dan ujian . chi-square' dilakukan untuk melihat perbezaan pencapaian objektif antara Pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional dari Kumpulan Sokongan dalam Gred 5 dan 6 serta Gred-gred lain yang setaraf dengan Kumpulan B.