Analisis Pola-Pola Sintaksis dalam Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

Kajian ini bertujuan melihat pola-pola sintaksis dalam penulisan karangan di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan IV di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong , Selangor Darul Ehsan. Pola-pola sintaksis yang dikaji melibatkan jenis, ragam dan binaan ayat yang dianalisis dari segi kekerapan penggunaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Awang
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1998
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9026/1/FPP_1998_41_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9026/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan melihat pola-pola sintaksis dalam penulisan karangan di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan IV di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong , Selangor Darul Ehsan. Pola-pola sintaksis yang dikaji melibatkan jenis, ragam dan binaan ayat yang dianalisis dari segi kekerapan penggunaan dan perbezaannya berdasarkan aliran, jantina dan keturunan pelajar. Kaedah kajian deskriptif digunakan dalam kajian ini. Daripada populasi 425 orang pelajar, seramai 100 orang telah dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian diperoleh dengan menganalisis sebanyak 2099 ayat yang ditulis oleh sampel kajian. Penganalisisan data bertujuan memperoleh tabu ran kekerapan dan peratus penggunaan ayat bagi menentukan sama ada pelajar menggunakan pola ayat yang beragam atau bertumpu kepada satu pola ayat tertentu sahaja. Selain itu, data juga dianalisis dengan menggunakan ujian khi-kuasa dua bagi menentukan wujud atau tidak perbezaan antara jenis, ragam dan binaan ayat dengan latar belakang aliran, jantina dan keturu nan sampel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi jenis ayat, wujud pola penggunaaan yang hanya bertumpu kepada ayat penyata. Pelajar kurang menggunakan jenis-jenis ayat tanya, seruan dan perintah. Dari segi ragam ayat, peratusan penggunaan ayat aktif ialah sebanyak 80.88%, manakala peratusan ayat pasif hanya sebanyak 19.12% sahaja. Berdasarkan binaan ayat pula, dapatan kajian menunjukkan penggunaan ayat-ayat adalah lebih beragam. Binaan ayat majmuk campuran paling kerap digunakan, iaitu sebanyak 50.69%, diikuti ayat majmuk gabungan sebanyak 15.25%, ayat majmuk pancangan keterangan sebanyak 15.91%, ayat majmuk pancangan relatif sebanyak 11.53%, ayat tunggal 5.05% dan ayat majmuk pancangan kompremen hanya 1.57%. Berdasarkan pengujian khi-kuasa dua, didapati penggunaan jenis-jenis ayat antara pelajar aliran sains tulen dengan aliran sains kemasyarakatan, antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dan antara pelajar Melayu dengan pelajar bukan Melayu tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dari sudut kekerapan penggunaannya.