Perkaitan antara motivasi dan prestasi kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam

Penjawat awam adalah sumber yang membantu organisasi dalam menjalankan pentadbiran dan mencapai matlamat. Penjawat awam memainkan peranan pentingdalam menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi. Modal insan berkualiti memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju penjawa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mihat, Fadzin Nazirin, Hassan, Mohammad Mujaheed, Anwar, Farah Husna
Format: Article
Published: Secholian Publication 2020
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87122/
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/520
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penjawat awam adalah sumber yang membantu organisasi dalam menjalankan pentadbiran dan mencapai matlamat. Penjawat awam memainkan peranan pentingdalam menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi. Modal insan berkualiti memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju penjawat awam dan memastikan pengurusan yang cekap. Penyelidik secara bertujuan digunakan untuk menetapkan maklumat dan ciri tertentu yang perlu ada pada sampel kajian yang dilakukan. Hasil kajian ini diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden. Analisis telah dibuat dengan merujuk kepada semua persoalan dan objektif kajian pada bab satu. Kesemua maklumbalasdaripada 136 orang responden telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20 untuk menilai peratus, kekerapan, korelasi, T-test dan Anova. Purata nilai pembolehubah motivasi, prestasi kerja dan kepuasan kerja menunjukkan bahawa tahap prestasi bagi kakitangan awam di MAMPU, Putrajaya berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhan, faktor demografi jantina, serta status perkahwinan tidak mempengaruhi motivasi, prestasi kerja, dan kepuasan kerja. Namun, faktor demografi yang lain mempengaruhi kesemua pembolehubah. Hasil kajian regresi berganda menunjukkan bahawa nilai R square bagi pembolehubah tidak bersandar adalah sebanyak 0.367, manakala nilai adjusted r square adalah 0.358. Nilai R square yang tinggi menunjukkan hubungan yang kuat antara pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Berdasarkan Jadual 4.22, menunjukkan bahawa pembolehubah ini signifikan (sig. = 0.000, p<0.05) dengan nilai F sebanyak 38.612. Motivasi mempunyai nilai beta 0.517 dan prestasi kerja mempunyai nilai beta sebanyak 0.549. Kedua-dua pembolehubah tidak bersandar adalah signifikan, namun prestasi kerja menunjukkan nilai beta yang tinggi berbanding nilai beta bagi motivasi. Justeru, dapat disimpulkan bahawa prestasi kerja mempunyai hubungan yang kuat dengan kepuasan kerja.