Pendekatan salutogenik berteraskan bukti dalam pendidikan pengguna di Malaysia

Antara kelemahan program pendidikan pengguna sama ada secara formal mahupun tidak formal adalah kerana digubal tidak berasaskan bukti. Oleh itu, untuk memantapkan rangka kerja pendidikan pengguna, maka perlulah bersandarkan dapatan kajian/bukti yang relevan. Artikel ini bertujuan membincangkan pende...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Paim, Laily, Hashim, Ahmad Hariza
Format: Article
Published: Malaysia Consumer And Family Economy Association (MACFEA) 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81641/
https://macfea.com.my/vol-33-december-2019/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Antara kelemahan program pendidikan pengguna sama ada secara formal mahupun tidak formal adalah kerana digubal tidak berasaskan bukti. Oleh itu, untuk memantapkan rangka kerja pendidikan pengguna, maka perlulah bersandarkan dapatan kajian/bukti yang relevan. Artikel ini bertujuan membincangkan pendekatan salutogenik berteraskan bukti dalam pendidikan pengguna untuk Malaysia. Satu kajian kuantitatif yang bertujuan meneroka pelbagai aspek pengguna yang merangkumi ideologi, nilai, etika, patriotisme dan sikap pengguna. Kajian tersebut dijalankan di negeri Selangor dengan melibatkan sebanyak 1016 orang responden yang dipilih secara pensampelan mudah. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Semua aspek pengguna yang dikaji dianalisis mengikut jantina, strata dan etnik. Akhirnya, pengkaji merumuskan rangka kerja untuk inisiatif pendidikan pengguna di Malaysia dengan mengaplikasikan pendekatan salutogenik berteraskan bukti.