Pelajar UPM hasil produk makanan bermutu

SERDANG, 29 Oktober – Seramai 10 kumpulan pelajar tahun akhir Bacelor Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk baharu makanan yang bermutu. Sepuluh produk mereka dipamerkan sempena Hari Pengenalan Produk baharu ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7853/1/Pelajar_UPM_hasil_produk_makanan_bermutu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7853/
http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201011023061029181721654170
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 29 Oktober – Seramai 10 kumpulan pelajar tahun akhir Bacelor Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk baharu makanan yang bermutu. Sepuluh produk mereka dipamerkan sempena Hari Pengenalan Produk baharu yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan sebagai memenuhi kurikulum pengajian. Program bertujuan melahirkan pelajar yang kreatif, berdaya saing dan mampu bekerja secara berpasukan bagi memastikan produk bermutu dapat dihasilkan. Ketua Jabatan Teknologi Makanan UPM, Dr. Roselina Karim berkata program itu merupakan usaha awal yang mendedahkan pelajar menceburi sektor pembuatan makanan yang berpotensi. “Pembangunan produk mementingkan usaha R&D bagi mendapatkan ciri-ciri kesegaran, kualiti, pemakanan, pembungkusan, tempoh simpan hayat dan keselamatan produk,” katanya. Produk yang dihasilkan turut dinilai oleh juri daripada industri makanan seperti Adabi, Noraini Cookies, MARDI dan Nestle. Produk ‘Tap-A-Bite’ yang dihasilkan oleh 11 pelajar dipilih sebagai produk terbaik iaitu biskut diperbuat dari tapai pulut hitam yang membekalkan khasiat vitamin B dan sumber antioksidan. Produk ‘Sur 1 Mee’, sejenis mee segera dalam cawan memenangi tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh produk ‘Saerat Bites’ yang merupakan snek berasaskan kurma.