Interaksi pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak lembam menerusi cerita teladan binatang

Kanak-kanak lembam merupakan kategori “kanak-kanak berkeperluan khas” di Malaysia. Menurut Puteri Roslina et al. (2016) kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang bermasalah dalam menguasai bahasa, pertuturan, membaca, menulis, menaakul dan mengira. Oleh yang demikian, kanak-kanak le...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Nasir, Siti Noridayu, Abdul Halim, Hazlina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76894/1/Sutera-5.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76894/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kanak-kanak lembam merupakan kategori “kanak-kanak berkeperluan khas” di Malaysia. Menurut Puteri Roslina et al. (2016) kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang bermasalah dalam menguasai bahasa, pertuturan, membaca, menulis, menaakul dan mengira. Oleh yang demikian, kanak-kanak lembam di Malaysia mengalami masalah pembelajaran yang serius dan memerlukan bantuan dalam meningkatkan pemerolehan bahasa mereka. Malahan, menurut Puteri Rolina et al. (2016) lagi kanak-kanak ini terdiri daripada mereka yang lembam, mengalami masalah disleksia, kecelaruan defisit, hiperaktiviti, bermasalah emosi dan tingkah laku, terencat akal, Sindrom Down, autism, pintar cerdas dan palsi serebrum. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada pemerolehan bahasa kanak-kanak lembam yang mengalami masalah. Kajian ini melibatkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di negeri Perlis. Selain itu, kajian ini mengaplikasikan Teori Behaviorisme untuk analisis data. Kemudian, buku cerita kanak-kanak tentang binatang Keldai dengan Harimau dijadikan sebagai instrumen kajian ini. adalah diharapkan kajian ini memberikan manfaat untuk panduan dan rujukan bagi kajian akan datang. Pemerolehan bahasa kanak-kanak khas begitu penting untuk membantu mereka mempelajari sesuatu bidang, terutamanya bidang akademik. Tambahan lagi, bahasa merupakan alat komunikasi terpenting manusia sama ada melalui lisan, tulisan juga bahasa isyarat.