Inovasi politik di Malaysia: keperluan atau kehendak?

Landskap politik di Malaysia mengalami banyak perubahan seiring dengan kepesatan pembangunan negara dan kemajuan teknologi global. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung terhadap iklim politik negara, selain mengubah pendekatan ahli politik dalam berpolitik dan melaksanakan sistem demok...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Mokhtar, Mohammad Faizal, W. Mohd Sidik, Nik Mohd Saiful, Yunus, Amir Asraf, Samsi, Abdul Hadi, Harun, Mohd Razali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Penerbit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76727/1/RECCNI2012-4.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76727/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Landskap politik di Malaysia mengalami banyak perubahan seiring dengan kepesatan pembangunan negara dan kemajuan teknologi global. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung terhadap iklim politik negara, selain mengubah pendekatan ahli politik dalam berpolitik dan melaksanakan sistem demokrasi negara. Ini menyebabkan timbulnya rasa tidak senang hati antara satu sama lain terutama golongan ahli parti politik yang berlainan corak perjuangan serta ideologi. Justeru, inovasi politik dilihat antara cara terbaik dalam merapatkan jurang yang wujud dalam landskap politik negara pada masa kini dalam usaha menjayakan hasrat Malaysia mencapai status Negara berpendapatan tinggi, selain merealisasi wawasan negara menjelang tahun 2020. Kertas ini akan melihat kepada keutamaan mewujudkan inovasi politik dalam landskap politik Negara dengan melihat sam ada ia satu bentuk kehendak atau keperluan dalam mengubah corak pemikiran, dan pendekatan ahli politik berpolitik, serta sistem demokrasi di Malaysia. Inovasi politik diketengahkan untuk mencari idea kreatif bagi memperbaiki sistem politik di Malaysia. Ini kerana corak politik di Malaysia perlukan anjakan paradigma kepada urus tadbir politik yang berdaya saing, lebih matang dan terbuka mengikut acuan sendiri. Ini supaya segala keputusan yang dibuat lebih mengutamakan rakyat. Inovasi politik membolehkan politik disesuaikan dengan perkembangan tamadun manusia pada abad ke-21.