Masalah penggunaan media pembelajaran dalam kalangan guru bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mersing

Media pembelajaran merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan penting kepada para guru untuk menyampaikan agenda pembelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Media pembelajaran juga memainkan peranan untuk merealisasikan objektif yang diingink...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Rohani, Said, Rozita @ Radhiah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66101/1/GREduc2015-47.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66101/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Media pembelajaran merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan penting kepada para guru untuk menyampaikan agenda pembelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Media pembelajaran juga memainkan peranan untuk merealisasikan objektif yang diinginkan oleh setiap para guru dalam setiap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sejajar dengan perkembangan teknologi terkini dalam mencipta pelbagai media pengajaran dan pembelajaran ianya sangat memberi kesan yang positif dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar serta mempercepatkan proses pembelajaran. Masalahnya terdapat segelintir guru veteran yang tidak mampu mengikuti perkembangan pesat pengurusan media pembelajaran malah sehingga kini masih selesa mengamalkan kaedah tradisional. Seperkara lagi salah anggapan mereka perlu diperbetul kerana keberkesanan media pembelajaran bukan terletak pada kecanggihan bahan atau alat tersebut, tetapi kesesuaiannya berdasarkan penggunaan serta penyerlahan konsep. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing dalam mengaplikasikan media pembelajaran di dalam bilik darjah semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Kajian ini melibatkan 2 orang responden yang terdiri daripada guru Bahasa Melayu iaitu guru veteran dan guru muda. Kaedah kajian ini adalah bersifat kualitatif dan pengkaji hanya mendapatkan maklumat daripada hasil temu bual bersama 2 orang guru.