Hubungan pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran kontekstual

Guru yang menggunakan pendekatan pengajaran kontekstual boleh membantu pelajar menguasai subjek sains pertanian secara menyeluruh dan bermakna, dan seterusnya meningkatkan minat pelajar untuk menceburi kerjaya dalam bidang pertanian. Pengetahuan dan sikap guru pula didapati mempengaruhi perlaksanaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Latir, Siti Shuhaidah, Hamzah, Ramlah, Mat Rashid, Abdullah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60537/1/12.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60537/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Guru yang menggunakan pendekatan pengajaran kontekstual boleh membantu pelajar menguasai subjek sains pertanian secara menyeluruh dan bermakna, dan seterusnya meningkatkan minat pelajar untuk menceburi kerjaya dalam bidang pertanian. Pengetahuan dan sikap guru pula didapati mempengaruhi perlaksanaan guru tehadap pendekatan pengajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Tujuan kajian ini untuk menentukan tahap pengetahuan kontektual guru dan hubungan pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran kontekstual. Responden kajian ialah daripada kalangan 35 guru sains pertanian yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan. Instrumen kajian telah dibentuk berdasarkan kajian lepas yang berkaitan. Keputusan kajian mendapati guru sains pertanian mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap yang positif terhadap pengajaran kontekstual. Terdapat hubungan yang signifikan, r= .667 antara pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran kontekstual, serta terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan r= .368 dan sikap guru sains pertanian, r= .523 dengan kekerapan penggunaan pendekatan pengajaran kontekstual. Kesimpulannya pengetahuan dan sikap adalah dua pembolehubah yang menentukan penggunaan pendekatan kontekstual di kalangan guru.