Penggunaan kata nama infinitif dalam bahasa Arab dan tahap penguasaan pelajar

Kata nama infinitif (masdar) merupakan kata nama yang paling banyak penggunaannya dalam teks penulisan dan agak rumit berbanding kata nama lain seperti kata nama agentis (ism fa‘il), kata nama patientis (ism maf‘ul), kata nama tempat (ism makan), kata nama masa (ism zaman) kata bandingan (ism tafdhi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Ab Halim, Wan Sulong, Wan Muhammad, Hassan @ Hussin, Omrah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60304/1/44-28.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60304/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kata nama infinitif (masdar) merupakan kata nama yang paling banyak penggunaannya dalam teks penulisan dan agak rumit berbanding kata nama lain seperti kata nama agentis (ism fa‘il), kata nama patientis (ism maf‘ul), kata nama tempat (ism makan), kata nama masa (ism zaman) kata bandingan (ism tafdhil), kata nama alat (ism alat) dan lain-lain. Dalam konteks pengajaran bahasa, pembentukan kata nama infinitif perlu diberi perhatian, ini kerana penggunaannya yang meluas dalam pelbagai konteks ayat. Kajian ini bertujuan untuk menghurai penggunaan kata nama infinitif (masdar) dan konteks ayat yang pelbagai. Selain daripada itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keupayaan pelajar dalam membentuk kata infinitif tersebut. Teks kajian yang digunakan untuk mencapai objektif pertama ialah tiga buah teks bacaan daripada buku (5) Arabiyyah li al-Nasyi’in. Manakala responden kajian untuk mencapai objektif kedua ialah pelajar semester pertama dan akhir jurusan bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk diskripsi dan kualitatif. Hasil kajian awal menunjukkan bahawa kata nama infinitif mempunyai kadar penyebaran dan penggunaan yang meluas dalam teks bacaan, tetapi kabanyakan pelajar menghadapi masalah untuk membentuk kata nama infinitif. Ikuran daripada itu mereka tidak dapat menghasil dan mempelbagai ayat bahasa Arab berdasarkan nahu Arab yang betul.