Fenomena percampuran kod dalam iklan komersial kontemporari berbahasa Sepanyol
Makalah ini mengkaji fenomena percampuran kod dalam tajuk atau slogan iklan komersial kontemporari bercetak berbahasa Sepanyol terbitan musim panas 2014. Kajian ini melibatkan 50 tajuk atau slogan iklan yang berkaitan dengan fesyen dan produk kecantikan yang dipetik daripada empat buah majalah iaitu...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60292/1/44-21.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60292/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini mengkaji fenomena percampuran kod dalam tajuk atau slogan iklan komersial kontemporari bercetak berbahasa Sepanyol terbitan musim panas 2014. Kajian ini melibatkan 50 tajuk atau slogan iklan yang berkaitan dengan fesyen dan produk kecantikan yang dipetik daripada empat buah majalah iaitu Glamour, Vogue, Marie Claire dan MODAyLOOK. Hasil analisis mendapati item-item leksikal bahasa Inggeris dicampurkan secara interlingual ke dalam teks wacana iklan di Sepanyol. Kajian ini merupakan kajian kualitatif walaupun terdapat sebahagian hasil penemuan yang dipaparkan menggunakan kaedah kuantitatif. Kaedah pemerhatian digunakan dalam pengkelasan ciri-ciri setiap item leksikal bahasa Inggeris yang digunapakai dalam setiap teks wacana iklan terpilih. Hasil kajian mendapati sebanyak 31.7% kata nama am, 17.6% kata nama khas bahasa Inggeris yang merujuk kepada jenama produk digunapakai secara langsung tanpa sebarang unsur terjemahan. Terdapat juga sebanyak 22.2% kata adjektif dan 16.8% kata kerja bahasa Inggeris telah dicampurkan secara interlingual ke dalam ayat bahasa sasaran yakni bahasa Sepanyol. Selain daripada itu, sebanyak 3.4% singkatan bahasa Inggeris yang terdiri daripada dua atau tiga huruf dalam tajuk atau slogan iklan yang dikaji. Penggunaan kod linguistik asing dalam tajuk atau slogan teks wacana iklan berbahasa Sepanyol bukan sahaja untuk impak moden dan global, malahan ianya juga boleh menimbulkan kesan ‘sofistikated’, ‘verstail’ dan ‘in trend’. |
---|