Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Motivasi Pencapaian (IMP) dalam kalangan pelajar kolej vokasional, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Motivasi Pencapaian (IMP) dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional, Malaysia. Instrumen yang diguna pakai dalam kajian ini merangkumi tiga aspek motivasi iaitu motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan kurang bermotiva...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Rosmaria, Ahmad, Nor Aniza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60141/1/53-12.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60141/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Motivasi Pencapaian (IMP) dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional, Malaysia. Instrumen yang diguna pakai dalam kajian ini merangkumi tiga aspek motivasi iaitu motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan kurang bermotivasi. Perakuan oleh tiga orang pakar digunakan untuk menguji kesahan kandungan. Manakala, seramai 430 orang pelajar tahun akhir di kolej vokasional terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Ujian Analisis Penerokaan (EFA) dilakukan menunjukkan ketekalan dalam yang tinggi, α=.921 bagi instrumen tersebut. Begitu juga, nilai factor loading yang > .50 bagi setiap item yang diuji diperoleh melalui Ujian Analisis Kesahan (CFA).Kajian ini melibatkan seramai 430 orang responden kajian yang dipilih daripada 13 buah kolej vokasional seluruh Malaysia. Model pengukuran hasil analisis CFA yang diperoleh memenuhi kriteria fitness indexes di mana RMSEA= .062, CFI=.914, TLI= .904 dan Chisq/df= 2.636. Hasil analisis EFA dan CFA menunjukkan Instrumen Motivasi Pencapaian Pelajar mencapai kesahan dan kebolehpercayaan dalam konteks kajian motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar di kolej vokasional.