Kaedah amali sains sebagai medium untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi
Kaedah amali sains merupakan salah satu kaedah pengajaran yang wajib dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana kerja amali sains merupakan satu komponen yang akan dinilai untuk menentukan prestasi pencapaian murid dalam peperiksaan. Kaedah amali sains amat menitik beratkan aktiviti ‘ha...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2016
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60136/1/53-7.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60136/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kaedah amali sains merupakan salah satu kaedah pengajaran yang wajib dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana kerja amali sains merupakan satu komponen yang akan dinilai untuk menentukan prestasi pencapaian murid dalam peperiksaan. Kaedah amali sains amat menitik beratkan aktiviti ‘hands-on’ yang mementingkan penglibatan murid dalam aktiviti kerja amali atau eksperimen yang dijalankan. Oleh itu ia mampu menjadi medium terbaik untuk menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid di sekolah kerana penerapan KBAT yang berkesan hanya dapat dilaksanakan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berpusatkan murid dan melibatkan beberapa strategi tertentu. Oleh itu, teknik yang digunakan oleh guru dalam kaedah amali sains memainkan peranan penting bagi memastikan keberkesanan penerapan KBAT yang diharapkan. Penerapan KBAT akan lebih berkesan sekiranya guru melaksanakannya dalam fasa-fasa yang sesuai melalui kaedah amali sains. Kertas kerja ini membicarakan pengajaran sains melalui kaedah amali sains. Penekanan kertas kerja ini ialah tentang teknik pengajaran dalam kaedah amali sains. Beberapa konsep penerapan KBAT dalam pengajaran juga dibincangkan disamping konsep amali sains seperti perkembangan dan tujuannya. |
---|