Universiti dan Swasta Perlu Kerjasama Capai Dasar Jaminan Makanan

SERDANG, 22 November - Pihak universiti dan swasta yang terbabit dalam industri makanan perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi memastikan dasar jaminan makanan akan tercapai. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata kedua-dua pihak memainkan peranan pent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4888/1/Universiti_dan_Swasta_Perlu_Kerjasama.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4888/
http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201012063401717531721654213
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 22 November - Pihak universiti dan swasta yang terbabit dalam industri makanan perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi memastikan dasar jaminan makanan akan tercapai. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata kedua-dua pihak memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan membuat persediaan awal menghadapi krisis bekalan makanan tempatan dan global. “Kementerian akan terus memberi tumpuan meningkatkan pembangunan bioteknologi dan teknologi maklumat bagi mentransformasikan dan meningkatkan nilai tambah sektor pertanian negara pada masa depan,” katanya ketika merasmikan International Conference on Food Research anjuran Fakulti Sains Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau berkata pendekatan mewujudkan lebih banyak pusat penyelidikan dan pembangunan, pusat inovasi, bank tisu dan bioteknologi akan memodenkan sektor pertanian selain memastikan bekalan makanan negara terjamin. “Kita perlu mempertingkatkan teknologi dalam industri pertanian bagi memperkukuhkan kedudukan industri makanan kerana sumber barangan makanan global semakin meningkat,” katanya. Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, persidangan itu merupakan platform perkongsian idea antara penyelidik dan pakar makanan untuk menghasilkan makanan berkualiti yang tahan lama. “Sebagai sebuah universiti penyelidikan, persidangan ini akan memberikan jaringan baru kepada para penyelidik dan agensi untuk membangunkan teknologi yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat,” katanya.