Hubungan antara amalan kepimpinan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah, Klang, Malaysia

Aktiviti kokurikulum adalah aktiviti wajib yang bertujuan membina kemahiran insaniah pelajar serta menyemai perasaan muhibbah dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar. Aktiviti kokurikulum dapat mempertingkatkan disiplin, membina minat serta bakat pelajar dalam aktiviti yang diceburi. Namun, k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasan, Mohd Fazli
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48733/1/FPP%202013%2047R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48733/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aktiviti kokurikulum adalah aktiviti wajib yang bertujuan membina kemahiran insaniah pelajar serta menyemai perasaan muhibbah dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar. Aktiviti kokurikulum dapat mempertingkatkan disiplin, membina minat serta bakat pelajar dalam aktiviti yang diceburi. Namun, kajian lepas menunjukkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum masih kurang memuaskan atau di tahap sederhana. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penglibatan pelajar, tahap amalan kepimpinan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan tahap persekitaran sekolah dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Kajian ini juga bertujuan menentukan hubungan amalan kepimpinan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Klang. Kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan melibatkan responden seramai 291 orang ketua guru penasihat unit kokurikulum dari 31 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Klang. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diubah suai berdasarkan “Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ-5X)” untuk mengukur amalan kepimpinan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Soal selidik yang diubah suai berdasarkan “School-Level Environment Questionnaire” untuk mengukur persekitaran sekolah dan soal selidik penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum untuk penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah pada tahap sederhana (M=88.92, SP=17.13), amalan kepimpinan GPK Kokurikulum menunjukkan tahap sederhana (M=143.27, SP=18.24) dan persekitaran sekolah dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum juga pada tahap sederhana (M=152.66, SP=9.89). Analisis korelasi pearson menunjukkan, tidak terdapat hubungan antara amalan kepimpinan GPK Kokurikulum dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum (r=0.11, p=0.06). Analisis menunjukkan terdapat hubungan positif dan lemah yang signifikan antara persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, (r=0.289, p=0.00). Adalah disarankan bahawa persekitaran sekolah harus diberi perhatian dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.