Transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil al-Suluk

Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan dan memberikan penjelasan tentang sistem tulisan Jawi dan kosa kata sukar difahami dalam teks Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu atau lebih dikenali sebagai Itqān al-Mulūk bi Ta‘dil al-Sulūk (Undangundang Itqān). Kajian ini adalah berdasarkan teks be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asari, Emyliza Sharida
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41372/1/FBMK%202013%2017R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41372/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.41372
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.413722016-02-11T02:32:12Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41372/ Transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil al-Suluk Asari, Emyliza Sharida Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan dan memberikan penjelasan tentang sistem tulisan Jawi dan kosa kata sukar difahami dalam teks Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu atau lebih dikenali sebagai Itqān al-Mulūk bi Ta‘dil al-Sulūk (Undangundang Itqān). Kajian ini adalah berdasarkan teks bercetak undang-undang kerajaan negeri Terengganu cetakan I tahun 1911. Tujuan khusus kajian ini adalah untuk menganalisis sistem tulisan Jawi klasik yang terdapat di dalam teks ini dan membuat perbandingan dengan Undang-undang Itqān cetakan II tahun 1931 dan sistem ejaan Jawi baharu mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM). Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kesalahan transliterasi yang terdahulu, menjelaskan kosa kata yang sukar difahami, dan membandingkan sistem ejaan Jawi dalam teks dengan sistem ejaan Jawi baharu yang diguna pakai sekarang. Kajian ini menggunakan pendekatan filologi yang merangkumi transliterasi, anotasi, dan analisis sistem tulisan Jawi. Transliterasi yang dilakukan adalah berdasarkan edisi standard. Manakala anotasi pula menggunakan kaedah kajian teks, konteks, dan ko-teks. Di samping itu, analisis sistem tulisan Jawi pula adalah berdasarkan model analisis khusus yang telah dipilih, iaitu Model Analisis Sistem Ejaan Jawi Matlob yang telah diubah suai, Teori Perkembangan Tulisan Jawi Kang Keong Seock, dan Prinsip Ejaan Jawi Za’ba. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat banyak sistem ejaan Jawi dalam teks Undang-undang Itqān yang berbeza dengan ejaan Jawi baharu. Namun begitu, sistem ejaan Jawi dalam teks Undang-undang Itqān secara keseluruhan masih terdapat kesinambungan dengan sistem ejaan Jawi baharu. Selain itu, kajian ini juga menjelaskan beberapa pengertian kosa kata sukar difahami dan setiap kosa kata tersebut diberikan anotasinya. Oleh itu, pemahaman tentang sistem tulisan Jawi dan kosa kata adalah signifikan dalam memahami kandungan teks Undang-undang Itqān khususnya dan teks atau manuskrip Melayu klasik umumnya. 2013-10 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41372/1/FBMK%202013%2017R.pdf Asari, Emyliza Sharida (2013) Transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil al-Suluk. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan dan memberikan penjelasan tentang sistem tulisan Jawi dan kosa kata sukar difahami dalam teks Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu atau lebih dikenali sebagai Itqān al-Mulūk bi Ta‘dil al-Sulūk (Undangundang Itqān). Kajian ini adalah berdasarkan teks bercetak undang-undang kerajaan negeri Terengganu cetakan I tahun 1911. Tujuan khusus kajian ini adalah untuk menganalisis sistem tulisan Jawi klasik yang terdapat di dalam teks ini dan membuat perbandingan dengan Undang-undang Itqān cetakan II tahun 1931 dan sistem ejaan Jawi baharu mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM). Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kesalahan transliterasi yang terdahulu, menjelaskan kosa kata yang sukar difahami, dan membandingkan sistem ejaan Jawi dalam teks dengan sistem ejaan Jawi baharu yang diguna pakai sekarang. Kajian ini menggunakan pendekatan filologi yang merangkumi transliterasi, anotasi, dan analisis sistem tulisan Jawi. Transliterasi yang dilakukan adalah berdasarkan edisi standard. Manakala anotasi pula menggunakan kaedah kajian teks, konteks, dan ko-teks. Di samping itu, analisis sistem tulisan Jawi pula adalah berdasarkan model analisis khusus yang telah dipilih, iaitu Model Analisis Sistem Ejaan Jawi Matlob yang telah diubah suai, Teori Perkembangan Tulisan Jawi Kang Keong Seock, dan Prinsip Ejaan Jawi Za’ba. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat banyak sistem ejaan Jawi dalam teks Undang-undang Itqān yang berbeza dengan ejaan Jawi baharu. Namun begitu, sistem ejaan Jawi dalam teks Undang-undang Itqān secara keseluruhan masih terdapat kesinambungan dengan sistem ejaan Jawi baharu. Selain itu, kajian ini juga menjelaskan beberapa pengertian kosa kata sukar difahami dan setiap kosa kata tersebut diberikan anotasinya. Oleh itu, pemahaman tentang sistem tulisan Jawi dan kosa kata adalah signifikan dalam memahami kandungan teks Undang-undang Itqān khususnya dan teks atau manuskrip Melayu klasik umumnya.
format Thesis
author Asari, Emyliza Sharida
spellingShingle Asari, Emyliza Sharida
Transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil al-Suluk
author_facet Asari, Emyliza Sharida
author_sort Asari, Emyliza Sharida
title Transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil al-Suluk
title_short Transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil al-Suluk
title_full Transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil al-Suluk
title_fullStr Transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil al-Suluk
title_full_unstemmed Transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil al-Suluk
title_sort transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam itqan al-muluk bi ta'dil al-suluk
publishDate 2013
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41372/1/FBMK%202013%2017R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41372/
_version_ 1643832977826775040
score 13.214268