Transliterasi dan analisis sistem tulisan jawi dalam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil al-Suluk

Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan dan memberikan penjelasan tentang sistem tulisan Jawi dan kosa kata sukar difahami dalam teks Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu atau lebih dikenali sebagai Itqān al-Mulūk bi Ta‘dil al-Sulūk (Undangundang Itqān). Kajian ini adalah berdasarkan teks be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asari, Emyliza Sharida
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41372/1/FBMK%202013%2017R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41372/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan dan memberikan penjelasan tentang sistem tulisan Jawi dan kosa kata sukar difahami dalam teks Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu atau lebih dikenali sebagai Itqān al-Mulūk bi Ta‘dil al-Sulūk (Undangundang Itqān). Kajian ini adalah berdasarkan teks bercetak undang-undang kerajaan negeri Terengganu cetakan I tahun 1911. Tujuan khusus kajian ini adalah untuk menganalisis sistem tulisan Jawi klasik yang terdapat di dalam teks ini dan membuat perbandingan dengan Undang-undang Itqān cetakan II tahun 1931 dan sistem ejaan Jawi baharu mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM). Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kesalahan transliterasi yang terdahulu, menjelaskan kosa kata yang sukar difahami, dan membandingkan sistem ejaan Jawi dalam teks dengan sistem ejaan Jawi baharu yang diguna pakai sekarang. Kajian ini menggunakan pendekatan filologi yang merangkumi transliterasi, anotasi, dan analisis sistem tulisan Jawi. Transliterasi yang dilakukan adalah berdasarkan edisi standard. Manakala anotasi pula menggunakan kaedah kajian teks, konteks, dan ko-teks. Di samping itu, analisis sistem tulisan Jawi pula adalah berdasarkan model analisis khusus yang telah dipilih, iaitu Model Analisis Sistem Ejaan Jawi Matlob yang telah diubah suai, Teori Perkembangan Tulisan Jawi Kang Keong Seock, dan Prinsip Ejaan Jawi Za’ba. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat banyak sistem ejaan Jawi dalam teks Undang-undang Itqān yang berbeza dengan ejaan Jawi baharu. Namun begitu, sistem ejaan Jawi dalam teks Undang-undang Itqān secara keseluruhan masih terdapat kesinambungan dengan sistem ejaan Jawi baharu. Selain itu, kajian ini juga menjelaskan beberapa pengertian kosa kata sukar difahami dan setiap kosa kata tersebut diberikan anotasinya. Oleh itu, pemahaman tentang sistem tulisan Jawi dan kosa kata adalah signifikan dalam memahami kandungan teks Undang-undang Itqān khususnya dan teks atau manuskrip Melayu klasik umumnya.