Penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu untuk murid-murid tingkatan empat

Penyelidikan kualitatif ini dijalankan untuk mengkaji penyampaian lisan pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu dalam kalangan muridmurid tingkatan empat. Penyampaian lisan di dalam kajian ini merujuk kepada pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah yang bemula daripada perin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Said, Rozita Radhiah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32007/1/FPP%202012%2027R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32007/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.32007
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Penyelidikan kualitatif ini dijalankan untuk mengkaji penyampaian lisan pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu dalam kalangan muridmurid tingkatan empat. Penyampaian lisan di dalam kajian ini merujuk kepada pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah yang bemula daripada peringkat permulaan, penyampaian isi dan penutupan. Terangkum di dalam penyampaian lisan itu juga apa-apa cara atau sistem mengajar sama ada dengan penggunaan pendekatan, kaedah atau teknik dalam melaksanakan segala sesuatu yang dirancang, disediakan, dikembangkan dan diakhiri dengan penilaian. Secara khusus tiga objektif kajian ini adalah, pertama bertujuan untuk menghuraikan kefahaman guru cemerlang tentang pengajaran karangan dan rasionalnya. Kedua, untuk menerangkan cara pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah dan ketiga, untuk menjelaskan bagaimanakah pelaksanaan penilaian pengajaran karangan guru di dalam bilik darjah. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kes, iaitu satu kes pelbagai lokasi. Gabungan maklumat kajian ini diperoleh menerusi kaedah pemerhatian dan rakaman video, temu bual separa formal serta analisis dokumen-dokumen berkaitan. Data-data dalam kajian ini dianalisis secara induktif bagi membolehkan pengkaji memahami fenomena yang dikaji secara keseluruhan. Penganalisisan data juga dibuat menggunakan teknik triangulasi terhadap ketiga-tiga kaedah pemerhatian iaitu rakaman video, temu bual separa formal dan analisis dokumen. Seramai lima orang peserta kajian yang terdiri daripada guru cemerlang telah dipilih sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman iaitu pendapat yang diutarakan daripada pengetahuan di dalam fikiran guru cemerlang tentang apa yang dikatakan pengajaran karangan adalah bersamaan dengan garis panduan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bermula daripada susuk karangan yang diajar mestilah mengandungi perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutupan, sehinggalah kepada cara mengorganisasi perenggan, jumlah isi dan jumlah perkataan yang perlu ditulis adalah akur kepada keperluan peperiksaan. Kefahaman ini dipegang sebagai asas untuk merealisasikan ciri-ciri karangan cemerlang supaya menepati kriteria penskoran penulisan karangan umum yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Rasional yang diberikan adalah pada akhirnya untuk memenuhi tuntutan peperiksaan. Penyampaian lisan pengajaran karangan guru cemerlang memperlihatkan ciri-ciri pengajaran konvensional yang ketara. Penyampaian lisan pengajaran karangan di dalam bilik darjah adalah berpusatkan guru, berpusatkan bahan dan berpusatkan disiplin. Murid hanya bertindak atas arahan atau pertanyaan guru dan tugasan berbentuk individu. Pengajaran guru jelas berpandukan objektif dan berasaskan pengetahuan, perancangan rutin, persekitaran terkawal, rangsangan seluruhnya adalah daripada teks yang telah disediakan lebih awal oleh guru. Guru juga mengemukakan jawapan melebihi soalan dan satu soalan untuk jawapan yang panjang. Teknologi komputer hanya digunakan untuk memberitahu bukan mengaplikasi perisian atau sebagai enjin carian, manakala pergerakan murid terbatas kerana susunan kerusi meja tetap sepanjang P&P yang berprosedur ketat. Rasional yang diberi oleh peserta kajian atas dapatan tersebut adalah merujuk kepada saiz dan bilangan murid di dalam bilik darjah, pengurusan masa, pengurusan bilik darjah, serta tekanan sebagai GC untuk merealisasikan harapan pentadbir sekolah, ibu bapa dan masyarakat atas tuntutan peperiksaan awam. Pelaksanaan penilaian karangan murid-murid di dalam bilik darjah pula dibuat dengan beberapa cara iaitu, (i) berdasarkan ciri-ciri karangan yang menepati skor peperiksaan awam, (ii) berdasarkan kepada tercapai atau tidak tercapai objektif pelajaran dan (iii) berdasarkan ujian sumatif dan ujian formatif. Penilaian juga dibuat dengan jelas berpandukan garis panduan penskoran peperiksaan awam supaya murid-murid dapat membiasakan diri. Kriteria penskoran Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi peperiksaan SPM digunakan sebagai garis panduan setiap peserta kajian untuk membuat penilaian dan penentuan pencapaian standard terhadap kemahiran menulis murid-murid. Maka penyampaian lisan pengajaran karangan guru di dalam bilik darjah dilihat juga sebagai satu usaha menyediakan murid-murid ke arah itu. Sama ada secara langsung atau secara tidak langsung penyampaian lisan pengajaran karangan guru pasti menyentuh aspek penilaian, sifat-sifat luaran karangan yang cemerlang, ciri-ciri karangan yang baik, penggredan dan juga pemarkahan. Kajian ini mencadangkan agar kajian lanjutan dibuat khususnya untuk mengenal pasti keperluan-keperluan atau faktor-faktor lain yang secara nyata dapat membantu meningkatkan kemahiran mengajar karangan di dalam bilik darjah.
format Thesis
author Said, Rozita Radhiah
spellingShingle Said, Rozita Radhiah
Penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu untuk murid-murid tingkatan empat
author_facet Said, Rozita Radhiah
author_sort Said, Rozita Radhiah
title Penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu untuk murid-murid tingkatan empat
title_short Penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu untuk murid-murid tingkatan empat
title_full Penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu untuk murid-murid tingkatan empat
title_fullStr Penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu untuk murid-murid tingkatan empat
title_full_unstemmed Penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu untuk murid-murid tingkatan empat
title_sort penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang bahasa melayu untuk murid-murid tingkatan empat
publishDate 2012
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32007/1/FPP%202012%2027R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32007/
_version_ 1643830482863915008
spelling my.upm.eprints.320072015-01-20T02:09:02Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32007/ Penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu untuk murid-murid tingkatan empat Said, Rozita Radhiah Penyelidikan kualitatif ini dijalankan untuk mengkaji penyampaian lisan pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu dalam kalangan muridmurid tingkatan empat. Penyampaian lisan di dalam kajian ini merujuk kepada pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah yang bemula daripada peringkat permulaan, penyampaian isi dan penutupan. Terangkum di dalam penyampaian lisan itu juga apa-apa cara atau sistem mengajar sama ada dengan penggunaan pendekatan, kaedah atau teknik dalam melaksanakan segala sesuatu yang dirancang, disediakan, dikembangkan dan diakhiri dengan penilaian. Secara khusus tiga objektif kajian ini adalah, pertama bertujuan untuk menghuraikan kefahaman guru cemerlang tentang pengajaran karangan dan rasionalnya. Kedua, untuk menerangkan cara pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah dan ketiga, untuk menjelaskan bagaimanakah pelaksanaan penilaian pengajaran karangan guru di dalam bilik darjah. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kes, iaitu satu kes pelbagai lokasi. Gabungan maklumat kajian ini diperoleh menerusi kaedah pemerhatian dan rakaman video, temu bual separa formal serta analisis dokumen-dokumen berkaitan. Data-data dalam kajian ini dianalisis secara induktif bagi membolehkan pengkaji memahami fenomena yang dikaji secara keseluruhan. Penganalisisan data juga dibuat menggunakan teknik triangulasi terhadap ketiga-tiga kaedah pemerhatian iaitu rakaman video, temu bual separa formal dan analisis dokumen. Seramai lima orang peserta kajian yang terdiri daripada guru cemerlang telah dipilih sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman iaitu pendapat yang diutarakan daripada pengetahuan di dalam fikiran guru cemerlang tentang apa yang dikatakan pengajaran karangan adalah bersamaan dengan garis panduan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bermula daripada susuk karangan yang diajar mestilah mengandungi perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutupan, sehinggalah kepada cara mengorganisasi perenggan, jumlah isi dan jumlah perkataan yang perlu ditulis adalah akur kepada keperluan peperiksaan. Kefahaman ini dipegang sebagai asas untuk merealisasikan ciri-ciri karangan cemerlang supaya menepati kriteria penskoran penulisan karangan umum yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Rasional yang diberikan adalah pada akhirnya untuk memenuhi tuntutan peperiksaan. Penyampaian lisan pengajaran karangan guru cemerlang memperlihatkan ciri-ciri pengajaran konvensional yang ketara. Penyampaian lisan pengajaran karangan di dalam bilik darjah adalah berpusatkan guru, berpusatkan bahan dan berpusatkan disiplin. Murid hanya bertindak atas arahan atau pertanyaan guru dan tugasan berbentuk individu. Pengajaran guru jelas berpandukan objektif dan berasaskan pengetahuan, perancangan rutin, persekitaran terkawal, rangsangan seluruhnya adalah daripada teks yang telah disediakan lebih awal oleh guru. Guru juga mengemukakan jawapan melebihi soalan dan satu soalan untuk jawapan yang panjang. Teknologi komputer hanya digunakan untuk memberitahu bukan mengaplikasi perisian atau sebagai enjin carian, manakala pergerakan murid terbatas kerana susunan kerusi meja tetap sepanjang P&P yang berprosedur ketat. Rasional yang diberi oleh peserta kajian atas dapatan tersebut adalah merujuk kepada saiz dan bilangan murid di dalam bilik darjah, pengurusan masa, pengurusan bilik darjah, serta tekanan sebagai GC untuk merealisasikan harapan pentadbir sekolah, ibu bapa dan masyarakat atas tuntutan peperiksaan awam. Pelaksanaan penilaian karangan murid-murid di dalam bilik darjah pula dibuat dengan beberapa cara iaitu, (i) berdasarkan ciri-ciri karangan yang menepati skor peperiksaan awam, (ii) berdasarkan kepada tercapai atau tidak tercapai objektif pelajaran dan (iii) berdasarkan ujian sumatif dan ujian formatif. Penilaian juga dibuat dengan jelas berpandukan garis panduan penskoran peperiksaan awam supaya murid-murid dapat membiasakan diri. Kriteria penskoran Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi peperiksaan SPM digunakan sebagai garis panduan setiap peserta kajian untuk membuat penilaian dan penentuan pencapaian standard terhadap kemahiran menulis murid-murid. Maka penyampaian lisan pengajaran karangan guru di dalam bilik darjah dilihat juga sebagai satu usaha menyediakan murid-murid ke arah itu. Sama ada secara langsung atau secara tidak langsung penyampaian lisan pengajaran karangan guru pasti menyentuh aspek penilaian, sifat-sifat luaran karangan yang cemerlang, ciri-ciri karangan yang baik, penggredan dan juga pemarkahan. Kajian ini mencadangkan agar kajian lanjutan dibuat khususnya untuk mengenal pasti keperluan-keperluan atau faktor-faktor lain yang secara nyata dapat membantu meningkatkan kemahiran mengajar karangan di dalam bilik darjah. 2012-03 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32007/1/FPP%202012%2027R.pdf Said, Rozita Radhiah (2012) Penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu untuk murid-murid tingkatan empat. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
score 13.160551