Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin

SERDANG, 1 Jun – Pertandingan ‘Great Serdang Debate Championship 2011′ merupakan platform terbaik dalam meningkatkan kemahiran berdebat dan mengeluarkan pendapat dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12586/1/Great_Serdang_Debate_platform_tingkat_bahasa_Inggeris_%E2%80%93_Saifuddin.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12586/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.12586
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.125862013-05-27T07:52:54Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12586/ Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 1 Jun – Pertandingan ‘Great Serdang Debate Championship 2011′ merupakan platform terbaik dalam meningkatkan kemahiran berdebat dan mengeluarkan pendapat dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia juga merupakan landasan terbaik meningkatkan sahsiah dan keterampilan bakal graduan mengatasi kelemahan berkomunikasi. “Ramai graduan mempunyai masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris. Melalui pertandingan debat tidak kira pertandingan besar atau kecil ia dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. “Bagi mereka yang sememangnya sudah mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris pula mereka boleh meningkatkan keterampilan diri mereka yang mana ia penting selepas pelajar menamatkan pengajian,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup pertandingan debat bahasa Inggeris itu anjuran Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan; Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Tai Shezee Yew dan Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail Dr. Pakhriazad Hassan Zaki. Dalam pertandingan akhir itu, pasukan debat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, muncul juara menewaskan pasukan National University of Singapore (NUS). UiTM yang dianggotai oleh Mohd. Syafiq Ahmad Bazari, 24, Maizura Mokhsin, 20, dan Rafiq Saladin Omar Saladdin, 19, bertindak sebagai penyokong bagi tajuk ‘That Post Colonial States Should Not be Member of Organizations Based on a Common Colonial Heritage Founded by Their Former Colonial Master’ atau ‘Bekas Tanah Jajahan Tidak Semestinya Menjadi Ahli kepada Pertubuhan yang diasaskan oleh Negara Penjajah’. Mereka berpendapat pertubuhan Komanwel sudah tidak releven pada masa kini kerana ia merupakan simbol kepada penjajahan selain tidak mempunyai peranan penting dalam pembangunan negara yang pernah dijajah. Hujah bernas ketiga-tiga mereka ternyata berjaya memikat juri. Kejayaan itu melayakkan mereka menerima wang tunai RM3,000, hamper dan trofi manakala Maizura yang merangkul gelaran pendebat terbaik turut menerima tambahan RM1,000. Hadiah disampaikan Datuk Saifuddin. Pertandingan yang mula diadakan secara tahunan sejak 2003 itu disertai oleh 39 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta tiga pasukan luar negara iaitu Universiti Kebangsaan Singapura dan Politeknik Nanyang (Singapura) serta Universitas Indonesia (Indonesia). 2011-06-01 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12586/1/Great_Serdang_Debate_platform_tingkat_bahasa_Inggeris_%E2%80%93_Saifuddin.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin. [UPM News]
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description SERDANG, 1 Jun – Pertandingan ‘Great Serdang Debate Championship 2011′ merupakan platform terbaik dalam meningkatkan kemahiran berdebat dan mengeluarkan pendapat dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia juga merupakan landasan terbaik meningkatkan sahsiah dan keterampilan bakal graduan mengatasi kelemahan berkomunikasi. “Ramai graduan mempunyai masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris. Melalui pertandingan debat tidak kira pertandingan besar atau kecil ia dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. “Bagi mereka yang sememangnya sudah mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris pula mereka boleh meningkatkan keterampilan diri mereka yang mana ia penting selepas pelajar menamatkan pengajian,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup pertandingan debat bahasa Inggeris itu anjuran Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan; Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Tai Shezee Yew dan Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail Dr. Pakhriazad Hassan Zaki. Dalam pertandingan akhir itu, pasukan debat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, muncul juara menewaskan pasukan National University of Singapore (NUS). UiTM yang dianggotai oleh Mohd. Syafiq Ahmad Bazari, 24, Maizura Mokhsin, 20, dan Rafiq Saladin Omar Saladdin, 19, bertindak sebagai penyokong bagi tajuk ‘That Post Colonial States Should Not be Member of Organizations Based on a Common Colonial Heritage Founded by Their Former Colonial Master’ atau ‘Bekas Tanah Jajahan Tidak Semestinya Menjadi Ahli kepada Pertubuhan yang diasaskan oleh Negara Penjajah’. Mereka berpendapat pertubuhan Komanwel sudah tidak releven pada masa kini kerana ia merupakan simbol kepada penjajahan selain tidak mempunyai peranan penting dalam pembangunan negara yang pernah dijajah. Hujah bernas ketiga-tiga mereka ternyata berjaya memikat juri. Kejayaan itu melayakkan mereka menerima wang tunai RM3,000, hamper dan trofi manakala Maizura yang merangkul gelaran pendebat terbaik turut menerima tambahan RM1,000. Hadiah disampaikan Datuk Saifuddin. Pertandingan yang mula diadakan secara tahunan sejak 2003 itu disertai oleh 39 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta tiga pasukan luar negara iaitu Universiti Kebangsaan Singapura dan Politeknik Nanyang (Singapura) serta Universitas Indonesia (Indonesia).
format UPM News
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
title Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin
title_short Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin
title_full Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin
title_fullStr Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin
title_full_unstemmed Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin
title_sort great serdang debate platform tingkat bahasa inggeris – saifuddin
publishDate 2011
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12586/1/Great_Serdang_Debate_platform_tingkat_bahasa_Inggeris_%E2%80%93_Saifuddin.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12586/
_version_ 1643825079195271168
score 13.18916