Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin

SERDANG, 1 Jun – Pertandingan ‘Great Serdang Debate Championship 2011′ merupakan platform terbaik dalam meningkatkan kemahiran berdebat dan mengeluarkan pendapat dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12586/1/Great_Serdang_Debate_platform_tingkat_bahasa_Inggeris_%E2%80%93_Saifuddin.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12586/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 1 Jun – Pertandingan ‘Great Serdang Debate Championship 2011′ merupakan platform terbaik dalam meningkatkan kemahiran berdebat dan mengeluarkan pendapat dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia juga merupakan landasan terbaik meningkatkan sahsiah dan keterampilan bakal graduan mengatasi kelemahan berkomunikasi. “Ramai graduan mempunyai masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris. Melalui pertandingan debat tidak kira pertandingan besar atau kecil ia dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. “Bagi mereka yang sememangnya sudah mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris pula mereka boleh meningkatkan keterampilan diri mereka yang mana ia penting selepas pelajar menamatkan pengajian,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup pertandingan debat bahasa Inggeris itu anjuran Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan; Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Tai Shezee Yew dan Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail Dr. Pakhriazad Hassan Zaki. Dalam pertandingan akhir itu, pasukan debat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, muncul juara menewaskan pasukan National University of Singapore (NUS). UiTM yang dianggotai oleh Mohd. Syafiq Ahmad Bazari, 24, Maizura Mokhsin, 20, dan Rafiq Saladin Omar Saladdin, 19, bertindak sebagai penyokong bagi tajuk ‘That Post Colonial States Should Not be Member of Organizations Based on a Common Colonial Heritage Founded by Their Former Colonial Master’ atau ‘Bekas Tanah Jajahan Tidak Semestinya Menjadi Ahli kepada Pertubuhan yang diasaskan oleh Negara Penjajah’. Mereka berpendapat pertubuhan Komanwel sudah tidak releven pada masa kini kerana ia merupakan simbol kepada penjajahan selain tidak mempunyai peranan penting dalam pembangunan negara yang pernah dijajah. Hujah bernas ketiga-tiga mereka ternyata berjaya memikat juri. Kejayaan itu melayakkan mereka menerima wang tunai RM3,000, hamper dan trofi manakala Maizura yang merangkul gelaran pendebat terbaik turut menerima tambahan RM1,000. Hadiah disampaikan Datuk Saifuddin. Pertandingan yang mula diadakan secara tahunan sejak 2003 itu disertai oleh 39 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta tiga pasukan luar negara iaitu Universiti Kebangsaan Singapura dan Politeknik Nanyang (Singapura) serta Universitas Indonesia (Indonesia).