Pemilihan Terbaik Portfolio di Pasaran Saham Malaysia Menerusi Model Markowitz

Pemilihan portfolio amat penting bagi seseorang pelabur dan ada pelbagai eara penentuan portfolio yang terhaik. Dalam kajian ini, pemilihan portfolio menerusi model Markowitz dalam bentuk pengaturearaan kuadratik dilakukan. Data-data untuk kajian ini berasaskan pada prestasi harian dua tahun (...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tay, Chin Hong, Mohamad Zain, Shaharir
Format: Article
Language:English
Malay
Published: Institute for Mathematical Research 2008
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12451/1/artikel_2_vol1_no2.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12451/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemilihan portfolio amat penting bagi seseorang pelabur dan ada pelbagai eara penentuan portfolio yang terhaik. Dalam kajian ini, pemilihan portfolio menerusi model Markowitz dalam bentuk pengaturearaan kuadratik dilakukan. Data-data untuk kajian ini berasaskan pada prestasi harian dua tahun (2001 dan 2002) bagi 40 saham daripada Pusat Maklumat Awarn, Bursa Saham Kuala Lumpur. Kajian ini menunjukkan hanya 8 saham daripada 40 saham pilihan itu yang patut dilaburkan bagi mendapat pulangan yang diingini sekurang-kurangnya 5.25% dengan risiko yang minimum. Kajian ini juga menunjukkan apabila jangkaan pulangan yang diingini meningkat, maka risiko minimurnnya turut meningkat dan keadaan ini berlaku dengan kadar yang pantas selepas nilai jangkaan pulangan yang diingini lebih besar daripada satu aras yang melebihi 50%. Bilangan saham yang patut dilabur bagi memperolehi pulangan yang diingini menurun dengan kadar yang mantap apabila jangkaan pulangan yang diingini meningkat daripada 10% kepada 45% tetapi tidak berubah bagi nilai pulangan yang diingini sekurang-kurangnya satu aras yang melebihi 45%. Untuk nilai pulangan yang dingini lebih daripada suatu aras yang kurang daripada 10%, bilangan saham yaug patut dilabur meningkat apabila peratusan pulangan yang diingini itu meningkat. Yang amat menariknya ialah keputusan yang menunjukkan bahawa setinggi-tingginya hanya 2 saham (Dutch Lady dan Nestle) sahaja yang patut dilaburkan bagi memperoleh pulangan yang diingini lebih besar daripada satu aras yang lebih tinggi daripada 50% dengan risiko yang minimum dan 9 adalah bilangan maksimum portfolio yang mungkin mewakili pelaburan yang paling selamat dan paling pelbagai bagi mencapai aras pulangan yang lebih besar daripada sekitar 10% pulangan dengan risiko yang terendah. Hasil ini keseluruhannya membawa kepada hipotesis bahawa dalam pilihan portfolio ada aras pulangan yang bilangan pelaburannya paling banyak atau sedikit kepelbagaiannya tetapi tetap dengan risiko yang minimum.