Persepsi Perlaksanaan Dan Kepuasan Komuniti Sekolah Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah, Perak, Malaysia

Kajian deskriptif tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan dan tahap kepuasan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Perak. Subjek kajian terdiri daripada 570 responden, iaitu 24 pentadbir, 26 guru bimbingan dan kaunseling, 60 guru biasa dan 460...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Krishnan, Arumugam
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12419/1/FPP_2010_4A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12419/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian deskriptif tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan dan tahap kepuasan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Perak. Subjek kajian terdiri daripada 570 responden, iaitu 24 pentadbir, 26 guru bimbingan dan kaunseling, 60 guru biasa dan 460 murid. Kajian ini menggunakan 4 soal selidik yang setiapnya mengandungi 3 bahagian, iaitu a) demografi responden; b) tahap perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling; dan c) tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statitistik deskriptif terdiri daripada min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus. Sementara statistik inferensi terdiri daripada ujian t, ANOVA sehala, ujian Post Hoc Scheffe dan ujian korelasi.Perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah ditahap sederhana tinggi mengikut persepsi pentadbir (M=3.56, SP= .78), guru bimbingan dan kaunseling (M=3.38, SP= .40) dan guru biasa (M=3.09, SP= .63). Manakala, murid berpendapat tahap perlaksanaan berada pada tahap sederhana rendah (M=2.39, SP= .89). Namun begitu, tahap kepuasan pula berada pada tahap sederhana tinggi mengikut kesemua responden. Terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap tahap perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling antara persepsi pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru biasa dan murid. Di samping itu juga, terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap tahap perlaksanaan dan tahap kepuasan antara etnik murid. Perbezaan ini disebabkan oleh min persepsi murid Cina yang rendah. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif yang signifikan antara tahap perlaksanaan dan tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengikut persepsi pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, dan guru biasa. Manakala. mengikut persepsi murid, terdapat hubungan yang positif antara tahap perlaksanaan dan tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, tetapi rendah, iaitu r= 0.32. Hanya 10% varian dalam tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sahaja mempunyai hubungan dengan tahap perlaksanaan. Berdasarkan maklumat yang terkumpul, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.