Amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Tqm) Di Beberapa Agensi Kerajaan

Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk memahami kaedah pelaksanaan TQM di beberapa agensi kerajaan daripada perspektif penyelaras TQM. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui : ( l ) cara pelaksanaan TQM dan (2) ciri yang membawa kejayaan pelaksanaan TQM di agensi-agensi berkenaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hj.Jantan, Yakcob
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1995
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11141/1/FPP_L_1995_10.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11141/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk memahami kaedah pelaksanaan TQM di beberapa agensi kerajaan daripada perspektif penyelaras TQM. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui : ( l ) cara pelaksanaan TQM dan (2) ciri yang membawa kejayaan pelaksanaan TQM di agensi-agensi berkenaan. Kajian ini dijalankan ke atas enam buah agensi kerajaan yang menjadi calon Anugerah Kualiti Perdana Menteri tahun 1993 . Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif di mana data dikutip melalui temuduga tidak berstruktur. Selain daripada temuduga, dokumen yang mengandungi maklumat tentang TQM juga dikutip daripada informan dan dijadikan sebagai sumber data. Data dianalisis melalui proses membentuk kategori, mengekodkan data, mengkategori data dan melaporkan hasil temuan. Kajian ini menunjukkan perkara-perkara berikut dilakukan dalam pelaksanaan TQM: ( 1 ) menjalankan aktiviti penambahbaikan kualiti, (2) mewujudkan polisi kualiti, (3) membentuk struktur kualiti, (4) memberi latihan kepada setiap peringkat kakitangan tentang TQM, (5) mengawas aktiviti penambahbaikan kualiti dan kumpulan kualiti, (6) mengambil strategi baru dan (7) mengguna khidmat perunding dalam beberapa bidang tertentu terutama dalam bidang latihan.