Pengaruh tekanan akademik, keyakinan tingkah laku akademik dan kebimbangan dalam kalangan pelajar universiti

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubunganantara tekanan akademik, keyakinan tingkah laku akademik dan kebimbangan dalam kalangan pelajar universiti.Reka bentuk kajian ini adalah bukan eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah tinjauantelah digunakan untuk peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Sa'odah, Abdul Latif, Nur Fatihah
Format: Article
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris Press 2023
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109180/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/EJOSS/article/view/8365
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubunganantara tekanan akademik, keyakinan tingkah laku akademik dan kebimbangan dalam kalangan pelajar universiti.Reka bentuk kajian ini adalah bukan eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah tinjauantelah digunakan untuk pengumpulan data. Terdapat 209 pelajar yang terlibat dalam kajian dan mereka telah dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Skala Persepsi Tekanan Akademik (PAS) telah digunakan untuk mengukur tekanan akademik, Skala Keyakinan Tingkah Laku Akademik telah digunakan untuk mengukur keyakinan akademik dan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS-21) (skala kebimbangan)telah digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan pelajar. Hasil kajian menunjukkanmajoriti responden mempunyai tekanan akademik tahapsederhanadan keyakinan tingkah laku akademik tahap rendah.Tekanan akademik dan keyakinan tingkah laku akademik didapati mempunyai hubunganyang positifdan sederhanadengan kebimbangan pelajar. Hasil analisis regresipula menunjukkan tekanan akademik merupakan peramalpaling mempengaruhi kebimbangan pelajar.Implikasi kajian menunjukkan bahawauntuk meningkatkan kesejahteraan pelajar, sebarang langkah intervensi menangani kebimbangan perlulah memberi perhatiankepada faktor tekananakademik dan keyakinan tingkah laku akademik.