Keberkesanan penggunaan modul penjelajahan ekosistem terhadap persepsi dan pemahaman pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan guru
Pengetahuan, sikap dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar merupakan satu isu yang diberikan penekanan pada masa kini. Pengetahuan dan pemahaman tentang modul pendidikan alam sekitar juga banyak dibangunkan oleh beberapa pihak. Bagi menjawab isu ini, Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Ekosistem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/105514/1/BISHARUZI%20BIN%20OMAR%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/105514/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengetahuan, sikap dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar merupakan satu isu
yang diberikan penekanan pada masa kini. Pengetahuan dan pemahaman tentang
modul pendidikan alam sekitar juga banyak dibangunkan oleh beberapa pihak. Bagi
menjawab isu ini, Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Ekosistem di UKM telah
membina modul hutan, modul air dan modul tanah di mana modul ini dipanggil
Modul Penjelajahan Ekosistem atau ringkasnya Ecosystem Discovery Journey
(EDJ). Modul Penjelajahan Ekosistem telah digunakan sebagai sumber utama
kumpulan penyelidikan Ekosistem (EDJ) dengan tujuan untuk meningkatkan
pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap ekosistem. Objektif kajian adalah
untuk mengenalpasti tahap persepsi, sikap dan kesedaran yang sedia ada terhadap
ekosistem dalam kalangan pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan guru.
Selanjutnya, menentukan perbezaan persepsi peserta program EDJ sebelum dan
selepas menjalani program EDJ dalam kalangan pelajar sekolah menengah,pelajar
universiti dan guru. Kajian ini juga mengenalpasti perbezaan pemahaman modul
perserta EDJ sebelum dan selepas mengikuti program EDJ. Soal-selidik telah
diedarkan kepada peserta sebelum dan selepas peserta menjalani program
penjelajahan ekosistem (EDJ). Seramai 145 peserta kajian telah dipilih, iaitu 36
pelajar sekolah menengah, 71 pelajar universiti dan 38 orang guru. Analisis statistik
deskriptif dan analisis statistik inferensi (Ujian Wilcoxson Rank dan ujian t
berpasangan) digunakan di dalam kajian ini. Hasil daripada Ujian Wilcoxson Rank
mendapati bahawa pelajar sekolah menengah menunjukkan peningkatan positif
hanya untuk persepsi modul air, manakala pelajar universiti menunjukkan
peningkatan positif bagi ketiga-tiga persepsi modul. Selain itu, perubahan positif
bagi persepsi modul hutan dan modul tanah pula ditunjukkan oleh guru. Hasil ujian
t-berpasangan kajian bagi pemahaman modul pula mendapati bahawa pelajar
sekolah menengah, pelajar universiti dan guru menunjukkan berlakunya peningkatan positif terhadap modul hutan, modul air dan modul tanah. Tiga modul ini boleh
dijadikan asas bagi pembangunan modul yang lain. |
---|