Faktor dominan penggunaan pembelajaran digital dalam kalangan guru pendidikan teknikal dan vokasional sekolah menengah di Selangor, Malaysia

Cabaran pendidikan yang dihadapi oleh negara adalah terhasil daripada proses globalisasi, terutama dalam bidang Teknik dan Vokasional. Guru perlu bergerak mengikut peredaran arus teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor domi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Joseph Thomas, J. Soosiamaal
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104762/1/FPP%202022%2012%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104762/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cabaran pendidikan yang dihadapi oleh negara adalah terhasil daripada proses globalisasi, terutama dalam bidang Teknik dan Vokasional. Guru perlu bergerak mengikut peredaran arus teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dominan penggunaan pembelajaran digital dalam kalangan guru PTV sekolah menengah di Selangor. Kajian ini juga mengenal pasti hubungan antara kesediaan, pengetahuan dan sikap guru PTV selaku pemboleh ubah tidak bersandar dengan penggunaan pembelajaran digital selaku pemboleh ubah bersandar. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini melibatkan 389 guru PTV sebagai sampel kajian. Satu set instrumen soal selidik telah diadaptasi oleh pengkaji dan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah di antara 0.773 hingga 0.944. Statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dan statistik inferensi iaitu korelasi, regresi berganda turut digunakan bagi menguji persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru PTV terhadap penggunaan pembelajaran digital dalam pengajaran dan pembelajaran, (min = 2.75 dan sp = 0.359). Pengetahuan guru PTV terhadap penggunaan pembelajaran digital dalam pengajaran dan pembelajaran, (min =2.94 dan sp = 0.388) dan sikap guru PTV terhadap penggunaan pembelajaran digital dalam pengajaran dan pembelajaran, (min = 2.72 dan sp = 0.259) berada pada tahap sederhana rendah. Pemboleh ubah bersandar penggunaan pembelajaran digital sebagai alat PdP juga berada pada tahap sederhana rendah (min = 2.94 dan sp = 0.369). Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru PTV dengan kekuatan positif sederhana dengan penggunaan pembelajaran digital dengan nilai (r = 0.672, sig = 0.001, p<0.05). Hubungan antara pengetahuan guru PTV dengan penggunaan pembelajaran digital juga signifikan pada kekuatan positif tinggi dengan nilai (r = 0.744, sig = 0.001, p<0.05. Diikuti dengan hubungan yang signifikan antara sikap guru PTV dengan kekuatan positif sederhana dengan penggunaan pembelajaran digital dengan nilai (r = 0.422, sig = 0.001, p<0.05). Analisis regresi berganda menunjukkan bahawa aspek kesediaan, pengetahuan dan sikap mempengaruhi penggunaan pembelajaran digital dalam pengajaran dan pembelajaran guru PTV. Implikasinya, kajian ini adalah suatu penanda aras bagi pihak BPTV khususnya dan guru PTV amnya untuk menerima perubahan yang berlaku seiring dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif pada masa hadapan.