Aplikasi literasi alam sekitar terhadap sistem penuaian air hujan di sekolah dalam daerah Kunak, Sabah: satu penilaian awal

Keprihatinan terhadap isu kemampanan sumber air dan kesedaran alam sekitar semakin penting dalam konteks pendidikan di sekolah luar bandar yang sering menghadapi masalah kekurangan sumber air bersih. Penyelidikan ini memfokuskan kepada penilaian tahap literasi alam sekitar terhadap sistem penuaian a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sabturiah Riduan, Nordin Sakke
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42695/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42695/
https://doi.org/10.51200/ejk.v30i.5901
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keprihatinan terhadap isu kemampanan sumber air dan kesedaran alam sekitar semakin penting dalam konteks pendidikan di sekolah luar bandar yang sering menghadapi masalah kekurangan sumber air bersih. Penyelidikan ini memfokuskan kepada penilaian tahap literasi alam sekitar terhadap sistem penuaian air hujan di persekitaran sekolah. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang murid yang dipilih secara rawak di sebuah sekolah luar bandar dalam daerah Kunak, Sabah. Kaedah pengujian yang digunakan ialah kaedah penyelidikan soal-selidik merangkumi empat komponen literasi alam sekitar iaitu aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian mendapati tahap literasi alam sekitar dalam kalangan murid sekolah di daerah Kunak, Sabah adalah pada tahap yang sederhana dengan nilai skor min iaitu 3.55. Oleh itu, penerapan literasi alam sekitar dalam pendidikan ini diharap dapat meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan pengurusan sumber air yang berkesan. Seterusnya ia dapat memberi manfaat yang besar dalam meningkatkan kesedaran dan amalan berkenaan pengurusan sumber air yang lestari di sekolah luar bandar selari dengan matlamat pembangunan lestari iaitu mengurus sumber air secara mampan.