Konstruktiviti dasar dan strategi sekuriti makanan: Kerentanan isu padi dan beras di Kota Belud, Sabah

Dewasa ini kenaikan harga beras import dan fenomena kekurangan bekalan beras tempatan telah memberikan impak negatif terhadap rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Hal ini telah menyebabkan kenaikan harga barangan komoditi sektor makanan t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan, Azizan Morshidi, Noor Syakirah Zakaria, Ramli Dollah, Ang Kean Hua, Mohamad Pirdaus Yusoh
Format: Article
Language:English
English
Published: Semarak Ilmu 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41409/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41409/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41409/
https://doi.org/10.37934/fsat.1.1.1430
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewasa ini kenaikan harga beras import dan fenomena kekurangan bekalan beras tempatan telah memberikan impak negatif terhadap rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Hal ini telah menyebabkan kenaikan harga barangan komoditi sektor makanan terus meningkat. Walaupun yang demikian kekurangan beras putih tempatan dalam negara adalah disebabkan peningkatan permintaan berikutan kenaikan harga beras import. Namun begitu, negara mempunyai 130,282 hektar sawah yang menyumbang kepada 40 % pengeluaran padi. Kota Belud sahaja seluas 7,092 hektar dan merupakan antara pengeluar utama beras. Jika dianalisis daripada aspek keluasan tanaman padi di Kota Belud pada tahun 2019 adalah seluas 9,392 hektar. Oleh itu, kurang daripada tiga tahun sahaja telah berlaku peningkatan 1,000 hektar kawasan tanaman padi di Kota Belud. Atas faktor tersebut seharusnya bekalan beras negara mencukupi tetapi sebaliknya negara mengalami krisis kerentanan padi dan beras yang serius. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ialah menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kepada isu kekurangan bekalan beras, pemilihan, laveraj dan penglibatan pemegang taruh yang akhirnya menentukan pemilihan ruang dasar, kebolehoperasian dan penilaian keberkesanan dasar. Kajian mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan memperoleh data primer melalui temu bual berstruktur dengan para informan utama dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti empirikal melalui data sekunder. Bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih komprehensif kajian kualitatif turut dilakukan dengan memberikan borang soal selidik kepada 100 orang penduduk kampung. Hasil kajian menunjukan sekuriti makanan perlu dijadikan agenda nasional dan selain itu penglibatan golongan belia, jaringan jalan raya yang komprehensif, sistem perparitan dan pengairan yang kondusif serta pengagihan tanaman padi dan tanaman komersial yang seimbang antara alternatif dan inisiatif dalam menghadapi dan mengurangkan isu sekuriti makanan di Sabah dan Malaysia secara amnya.