Pengaruh pengurusan kokurikulum dan keterlibatan pelajar dalam kokurikulum terhadap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengurusan kokurikulum pelajar, keterlibatan pelajar dalam kokurikulum dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan menggunakan instrum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roslee Talip, Mohd. Yusof Abdullah, Dg. Norizah Ag. Kiflee@Dzulkifli, Elizabeth Lim Siew Ping
Format: Article
Language:English
English
Published: Universiti islam Melaka 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41322/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41322/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41322/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengurusan kokurikulum pelajar, keterlibatan pelajar dalam kokurikulum dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan menggunakan instrumen soal selidik melibatkan responden seramai 320 orang pelajar tingkatan empat yang terlibat dalam kegiatan kokurikulum di 9 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemilihan sampel kajian menggunakan pensampelan rawak berstrata berkadar. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Berdasarkan analisis deskriptif, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengurusan kokurikulum pelajar berada pada tahap yang tinggi (M=3.77). Manakala tahap keterlibatan pelajar dalam kokurikulum (M=3.47) dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar (M=3.64) masing- masing berada pada tahap sederhana. Analisis Korelasi Pearson pula mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan kokurikulum pelajar dan keterlibatan pelajar dalam kokurikulum dengan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan (r=0.39).