Perlakuan Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap, jenis dan faktor perlakuan buli serta program intervensi yang terdapat di sekolah menengah agama. Seramai 400 orang pelajar di empat buah negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Melaka dan Johor telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Pg Razmahayati Pg Hj Mahmud, Halimah Ma’alip, Balan Rathakrishnan, Suraya Ramli, Wan Utma Mazrah Wan Abdul Samad
Format: Article
Language:English
English
Published: Southeast Asia Psychology Journal 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40822/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40822/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40822/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap, jenis dan faktor perlakuan buli serta program intervensi yang terdapat di sekolah menengah agama. Seramai 400 orang pelajar di empat buah negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Melaka dan Johor telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan tinjauan dan persampelan dilakukan secara persampelan rawak mudah kelompok atas kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah ? = 0.8234. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk menganalisis tahap perlakuan buli manakala statistik inferensi iaitu regresi berganda digunakan untuk mengenal pasti faktor peramal kepada perlakuan buli dalam kalangan pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa tahap perlakuan buli berada pada tahap sederhana. Manakala aspek yang paling mempengaruhi perlakuan buli adalah dari aspek kewangan. Kajian juga mendapati bahawa dua peramal, iaitu akademik dan kewangan dapat menyumbang 7.4 peratus kepada perlakuan buli.