Maqasid Pendidikan Rabbani Terhadap Anak-anak: Adaptasi Daripada Ayat 12 Hingga 19 Surah Luqman

Pendidikan merupakan keperluan penting bagi setiap peringkat umur secara umumnya dan anak-anak secara khusus. Antara objektif utama pendidikan adalah untuk membina individu yang soleh dan mampu membentuk masyarakat yang menghayati nilai akhlak yang tinggi di dalam kehidupan. Maqasid pendidikan ini p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Azib Hussain, Nik Muhammad Abdul Hayyi Nik Idris
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39393/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39393/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39393/
https://www.ums.edu.my/fis/index.php/conferences/seapis
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan merupakan keperluan penting bagi setiap peringkat umur secara umumnya dan anak-anak secara khusus. Antara objektif utama pendidikan adalah untuk membina individu yang soleh dan mampu membentuk masyarakat yang menghayati nilai akhlak yang tinggi di dalam kehidupan. Maqasid pendidikan ini perlu diterapkan kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Dalam surah Luqman ayat 12 hingga 19 terdapat suluhan dan panduan wahyu mengenai maqasid pendidikan rabbani terhadap anak-anak. Oleh itu kajian ini ingin mengetengahkan perbahasan mengenai maqasid pendidikan rabbani terhadap anak-anak yang diadaptasi daripada ayat-ayat dalam surah Luqman tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metode kepustakaan. Data-data kajian dirujuk daripada al-Quran dan hadis di samping sumber-sumber bertulis dan Internet seperti buku, jurnal, disertasi dan makalah. Data-data ini kemudian dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif dan deskriptif. Hasil kajian menemui terdapat tiga dimensi utama maqasid pendidikan rabbani yang diketengahkan daripada ayat 12 hingga 19 dalam surah Luqman iaitu: (a) Dimensi maqasid pendidikan rabbani nafsiy; (b) Dimensi maqasid pendidikan rabbani ‘aqliy, dan; (c) Dimensi maqasid pendidikan rabbani ijtima’iy.